HAEL HUSAINI LIVE IN KL’ DIBATALKAN, OH NO?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Betul ke dengan berita yang diterima ini? Ala, kenapa dibatalkan !

HAEL HUSAINI LIVE IN KL’ DIBATALKAN

Syarikat hiburan bebas paling berpengaruh tanah air, Rocketfuel Entertainment dengan rendah hatinya ingin mengumumkan.

Konsert sulung penyanyi-penggubah lagu popular tanah air ‘HAEL HUSAINI LIVE IN KL’ diwar-warkan ditunda ke tarikh baharu.

Tarikh baru yang diwar-warkan adalah 19 Februari 2023, jam 8:30 malam bertempat di Zepp Kuala Lumpur namun terpaksa dibatalkan.

MEMOHON MAAF

Dalam sebuah petikan yang diambil, wakil dari pihak Rocketfuel Entertainment menjelaskan-

“Terlebih dahulu, kami memohon maaf sekali lagi kepada semua bagi pihak pengurusan di atas pembatalan konsert ‘HAEL HUSAINI LIVE IN KL’ ini sekaligus.

Keputusan untuk membatalkan konsert ini terpaksa dilakukan atas beberapa faktor.

Yang paling utamanya adalah faktor kesihatan Hael yang tidak dapat dielakkan setelah mendapat nasihat daripada doktor.

HAEL HUSAINI LIVE IN KL’ DIBATALKAN

JAMINAN REFUND?

“Saya faham perasaan gusar yang bakal dirasai para pembeli tiket yang sudah pun membeli tiket konsert. Saya memberi jaminan bahawa setiap pembeli akan diberikan ‘refund’ yang penuh.

“Sebagai maklumat tambahan, segala pengembalian wang boleh dilakukan pada laman web yang tertera dalam kenyataan media ini,”

-kata wakil.

DUKACITA DENGAN PEMBATALAN INI

Pihak Rocketfuel Entertainment turut menzahirkan rasa dukacita mereka diatas pembatalan konsert ini .

Mana taknya segala persiapan sudah pun menghampiri 70 peratus dengan pelbagai aksi menarik yang telah direncanakan. Lebih kurang 30 buah lagu yang bakal dipersembahkan.

KESIHATAN YANG TIDAK MENGIZINKAN

Kebelakangan ini, tahap kesihatan Hael tidak berapa baik oleh kerana jadual kerjanya yang terlalu padat. Namun begitu dia masih giat dengan segala persiapan konsert sehingga tahap kesihatannya merosot .

Setelah berbincang dengan doktor, dia dinasihatkan untuk berehat dan tidak melakukan sebarang aktiviti seni buat sementara waktu.

“Hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga dapat kami  sampaikan kepada semua pihak kerana dapat menerima pembatalan konsert ini.

Walaupun dengan hati yang berat, dan semoga semua pihak menerima berita pembatalan konsert ini dengan hati yang terbuka, terima kasih.

Bagi proses pengembalian wang buat pembeli tiket konsert boleh hubungi nombor yang disertakan

-kata pengurusan lagi.

Ubertickets Hotline 019 5881810|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge