OLDTOWN WHITE COFFEE DENGAN PEK BAHARU, AWESOME!

OLDTOWN WHITE COFFEE DENGAN PEK BAHARU, AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. OLDTOWN White Coffee memang terkenal dengan minuman dari dulu hingga sekarang. Kini berwajah baharu.

PEK BAHARU

Setiap pek kini menampilkan ilustrasi terkini yang menggambarkan Bandaraya Ipoh satu ketika dahulu.

Logo ini bertujuan untuk memperingati tempat lahirnya jenama yang masih dihasilkan di Ipoh sehingga hari ini.

PERISA BAHARU

Selain daripada reka bentuk pek yang diperbaharui, juha meraikan keunikan citarasa rakyat Malaysia dengan pengenalan perisa terbaharu,.

OLDTOWN White Coffee Perisa Karamel Masin dan perisa yang diinspirasikan sajian kopi di kopitiam, OLDTOWN Smooth Roast Kopi Kurang Gula.

“Jenama OLDTOWN mementingkan warisan dan budaya, namun seni ciptaan Kopi Putih kami sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman untuk memenuhi kehendak semasa.

OLDTOWN WHITE COFFEE DENGAN PEK BAHARU

Kini masih kekal menggunakan resipi ‘3-bean-blend’ dan hari ini, kami teruja untuk memperkenalkan OLDTOWN White Coffee Perisa Karamel Masin.

Yang ini menambahkan lagi tawaran Kopi Putih kami dengan perisa kontemporari yang pasti menjadi kegemaran ramai.”

-kata Fiona Tan, Pengurus Besar, JACOBS DOUWE EGBERTS Malaysia (JDE).

OLDTOWN SMOOTH ROAST KOPI KURANG GULA

Perisa baru ini lebih mengujakan dengan penggunaan serbuk kopi mikro untuk menghasilkan perisa asli kopi ‘kopitiam’ . Disempurnakan lagi dengan lapisan crema seperti kopi yang dibancuh di kopitiam.

Pilihan perisa yang pelbagai boleh didapati di semua pasaraya utama di seluruh Malaysia selain belian dalam talian di Shopee dan Lazada.

OLDTOWN WHITE COFFEE DENGAN PEK BAHARU

    OLDTOWN berbesar hati untuk memastikan rasa makanan dan minuman lokal kekal relevan pada masa kini.

    Kami sentiasa berusaha untuk mencipta produk mengikuti perkembangan zaman yang mencerminkan budaya tempatan.

    Inilah yang menjadikan OLDTOWN jenama kopi asli yang sebenar,” 

    -sambung Fiona.

    Website|

    Comments

    No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge