Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
OHARA MATSURI 2.0 (おはら祭り) di CITTA MALL Mulai 2 Nov 17 | Apakah maksud Ohara Matsuri? Adakah ianya sebuah tarian, makanan, pakaian yang berasal dari negara mana? dari negara manakah asalnya Ohara Matsuri ini ? Dari segi perkataan rasanya dari Jepun . Dengar-dengar bakal diadakan di Citta Mall hujung minggu ini so apa kata jom kita usha nak !!!
OHARA MATSURI 2.0 (おはら祭り)
Ianya adalah sebuah perayaan dari negara Jepun yang diadakan selama dua hari berturut-turut. Kebiasaannya perayaan ini melibatkan penari-penari yang bakal mempersembahkan tarian tradisional jepun . Ada juga diadakan perarakan tarian untuk merayakan tradisi yang berkaitan dengan pergantian musim atau mendoakan roh tokoh terkenal. Ohara Matsuri 2.0 bakal di adakan di Citta Mall, Ara Damansara Petaling Jaya mulai 2 November hingga 5 November 2017. Kenapa 2.0 kerana ini adalah tahun kedua diadakan di lokasi yang sama.
Untuk Ohara Matsuri 2.0 kali ini, beberapa program telah disediakan buat para pengunjung yang datang untuk turut serta merasakan seperti berada di Jepun.
Sushi Rolling Workshop – haa . untuk peminat sushi apa kat jom kita join workshop untuk mempelajari cara-cara membuat sushi dan paling penting bagaimana untuk menggulungkan sushi agar kelihatan seperti yang terjual di kedai -kedai atau restoran Jepun. Ini adalah di antara makanan yang popular dihidangkan di negara terbit matahari ini. Selama 2 hari diadakan workshop ini so check jadual yang KP sharekan utk tahu masanya. Ada 2 workshop ditawarkan untuk hujung minggu ini
- Sushi Rolling Workshop
- Children Making Bento Workshop
Ohara Colouring Contest – Anak-anak nak buat apa kan !! Mesti boring kan !! Eh , sapa kata bakal boring, ada juga aktiviti untuk anak-anak pada mereka yang menggemar untuk mewarna . Ada peraduan mewarna a.k.a colouring contest buat adik-adik pada 4Nov 2017 jam 11 pagi . jangan lupa register di link ini sebelum https://goo.gl/forms/FXWJ2tgsogUDRKGw2
Japanese Themed Arts and Crafts – peminat seni dan kraftangan ? Apa kata anda join sekali di mana anda boleh mempelajari seni mahupun kraftangan yang di bawa khas dari negara Jepun untuk sama-sama pelajarinya. Pastinya tertunggu -tunggu juga bagaimana hasilnya nanti
Kids Japanese Fusion Dance Workshop – Suka menari ? Ingin pelajari tarian yang berlainan dari yang selama ini kita lihat? jom join sebab Ohara Matsuri 2.0 mengadakan workshop kids japanese fusion dance untuk adik-adik. pastinya comei bila melihat mereka menari dengan memakai kimono .
kalau bab competition, Ohara Matsuri 2.0 tidak lupa ada 2 competition iaitu
- Spicy Ramen Challenge by Iyakimono.
- Cosplay Competition
Cosplay Competition – buat peminat cosplay apa kata turut serta dalam competition ini dan tampilkan secara creative anda dengan pakaian/ costume anda. pastikan anda “WOW” para juri agar anda mendapat title pemenang itu . oh ya untuk ini anda perlu register terlebih dahulu di :
Cosplay registration : https://goo.gl/forms/X5qocScOsPsh1SYC2
nie kita sneak peak untuk yang nak datang hujung minggu nie. Warna – warni nya
So,jangan kata KP tak share , KP tak payung ye. Jom pakat ramai-ramai ke Citta Mall untuk melihat dan merasai perayaan Ohara Matsuri 2.0. Dengar-dengar ramai yang datang ,