Office Berhantu Ke? Seramlah Wei !!!! Jom Baca

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Office Berhantu Ke? Seramlah Wei !!!! |Bila bercerita tentang kisah misteri, seram atau mistik biasanya berlaku di kawasan yang gelap, asrama mahupun di rumah. Pernahkah anda mendengar ianya berlaku di pejabat? Tempat anda berkerja mencari rejeki sesuap. Inilah cerita kisah mistik yang ingin KP kongsikan dengan anda.Berpeluh juga apabila mengingat kisah lama kembali tentang office berhantu

Ini KP nak cerita tentang Office berhantu. Hari ini KP shift petang. Apabila shift petang, KP ditugaskan di “bilik belakang” untuk menjaga stock. Dalam banyak-banyak hari, hari inilah dia nak buat hal . Kalau sekali takpe nie mahu dekat 2-3 kali .  Mungkin hari ini, ialah hari ianya keluar untuk berjimba di mana dalam sehari pelbagai kejadian berlaku. Nilaikanlah sendiri sama ada ianya ilusi atau memang kejadian betul

Office Kau Berhantu Ke? Seramlah Wei !!!!

Kejadian pertama Office Berhantu : “ KRIK… KRIK…KRIK…”

KP duduk di hujung pintu masuk bilik boss di mana ada peti besi seiring dengan pintu masuk. Dimasa itu hanya tinggal berdua iaitu KP dan Gunes sahaja. Dalam jam 2 petang JC datang meminta stock untuk di jual. Untuk mengambil stock tersebut perlulah melalui bilik boss dan melepasi peti besi. Belum lagi KP bangun untuk menuju ke pintu masuk bilik boss kedengaran bunyi

“ KRIK… KRIK…KRIK…”(bunyi laci pintu besi ditarik dan ditolak). Bukan sekali tetapi 2 kali.

Masing- masing berpandangan dan senyap tidak terkata-kata. Ingin bersuara tetapi takut lalu Gunes dengan beraninya bertanya

“Siapa didalam tu, janganlah bergurau,banyak kerja lagi nak buat nie!!!”

Masing-masing menunggu dalam senyap 2-5 minit mengharapkan jawapan dari dalam tetapi nyata hampa. Tiada bunyi langsungg dan bulu roma masing-masing tegak berdiri. Seperti ianya baru sahaja lalu. Oleh dek kerana ketakutan, kami memohon maaf pada customer diluar dengan mengatakan yang stock kehabisan walaupun masih ada lagi stock

Kejadian kedua Office Berhantu : Kerusi bergerak dengan sendiri

Masih lagi hari yang sama, KP dan 2 rakan yang lain baru sahaja pulang dari makan tengahari (time makan kami ialah 4-6petang). Tengah bergelak-gelak di bilik belakang, Soraya tersedar yang handphone diletakkan di atas meja tiada. Manakala Ruby pula mengacau dengan mengatakan

“Alah adalah tu yang main sorok-sorok dengan kau kot.. Tah-tah hantu … ahahahah”

Lalu Soraya membalas;

“mana ada hantu siang-siang nie weii.. kalau malam aku percayalah kot!…”

Tanpa sedari ada rupanya yang memerhati dan mendengar. Sedang mencari handphone yang hilang itu, Soraya perasaan yang kerusi di bergerak sendiri ke belakang. Tidak berkata apa-apa , mencuit pada Ruby dan KP memberi tanda untuk melihat apa yang dilihat. Kami bertiga terus senyap masa itu juga. Kerusi dalam 1-2 minit bergerak sendiri tanpa ada tali atau orang yang membuatnya.Ketakutan terus keluar dari bilik belakang dengan gelabah. Apabila rakan lain bertanya, kami hanya mampu senyap kerana takut. Insiden ini adalah yang ke2 KP alami dalam sehari.

Sambutan “Birthday Boy” di Office Berhantu

Jam 630 petang kami ada jamuan kecil-kecilan untuk boss kami yang menyambut harijadinya yang ke 40 series. Walaupun 2 kejadian pelik berlaku tadi kami letakkan ke tepi kerana ianya mungkin illusi atau mainan fikiran sahaja. Sambutan walaupun kecil tetapi meriah dan penuh dengan gelak tawa dari rakan-rakan sekerja. Masih sempat lagi bergurau ,

”Malam nie mesti ada surprise kan? “

Masa berjalan seperti biasa tanpa ada gangguan pelik lagi. Jam menunjukkan pukul 11 malam tetapi ada yang belum pulang. Yang tinggal tidak ramai dalam 3 staff (Soraya, Zatie) termasuk KP dan juga 2 boss (termasuk birthday boy). Di sini bermula segala-segalanya yang membuatkan kami berfikir terlebih dahulu jika ingin “stay” selepas waktu kerja . Satu demi satu terjadi ;

Siapa yang menggunakan system no

“empat tiga empat satu”

Ini adalah system no buat mereka yang pertama kali mendengarnya. System nombor yang digunakan untuk memanggil no customer biasanya secara automatik akan ditutup selepas jam 10:30 malam. Memandangkan customer semua dah pulang jadi Soraya, Zatie dan KP duduk di bilik belakang untuk menyiapkan kerja yang tertangguh agar dapat pulang dengan cepat. Waktu ini cuma kedengaran alunan suara radio didalam opis yang dimana lagu yang sama dimainkan berulang kali. Tetiba ada bunyi yang memecahkan kesunyian

“Empat empat empat tiga”

Masing-masing memandang antara satu sama lain. Terkejut pastinyalah sebab dah jam berapa sekarang. Masih lagi tak berani keluar untuk melihat atau mengintai. Belum panas punggung lagi , terdengar pula

“Empat empat empat empat”

Ya Allah !, Masa ini muka masing-masing ketat. Nak keluar ke tak nak . Lihat pada CCTV tiada insan lain selain kami berlima. Yang peliknya pula kedua boss tak pula mendengar bunyi yang kami dengar. Zatie tidak puas hati dan dengan beraninya keluar ingin mengetahui siapa yang menekan atau memanggil no tadi.  Jawapannya TIADA SIAPA tetapi memang no itu keluar di papan skrin

“4444” …

Masih teringatkan kisah petang tadi masing-masing diam. Zatie yang belum mengetahuinya sibuk suruh kami bercerita sebaik melangkah masuk. 4444 bagi cina ialah MATI adakah ada makna kenapa no ini dipanggil? Nak bagi no ekor ke?

Pintasan Lampu

Cuak yang tadi belum lagi habis jadi pula perkara yang lain. Elok sahaja Zatie melangkah masuk bilik belakang lampu di syiling seperti di pintas. Seolah-olah apabila ianya atau sesuatu melintas lampu itu ia tertutup & terbuka dengan sendirinya.. Kalau sekali sahaja berlaku tak mengapa tetapi ia berlaku 2-3 kali seolah- olah……Hmmm..macam ada yang tak kena !

Baru teringat kembali 2 malam yang lepas kejadian yang sama berlaku pada mereka yang shift petang. Tanpa lengah mereka terus pulang takut ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Apabila di cerita pada boss, boss kata “alah illusi sahaja. Mana ada apa-apa pun, awak tu yang fikir bukan-bukan”

Lagu Radio Bertukar ke “Happy Birthday” Dengan Sendirinya

Lagu radio yang biasanya dipasang di office adalah lagu yang telah di setkan dan akan dimainkan berulang kali. Ianya akan ditutup apabila suis utama di matikan. Sedang lagu dimainkan tiba-tiba lagu radio bertukar

“Happy Birthday to you,

Happy Birthday to you,

Happy Birthday to XXXX,

Happy Birthday to you”

Haa.. tengok jam rupanya kul 11:59 malam dan lagu kebetulan ditujukan pada birthday boy.  Memang ada mention nama birthday boss yang di sambut tadi. Kali ini bukan kami bertiga saja yang mendengar rupanya kedua boss di dalam bilik pun mendengar.

“Dah- dah .. Jom balik dia bagi signal untuk kita balik kot… Time dia nak start kerja dah .. Moh pakat balik !!!!”

Dengar sahaja boss kata begitu, terus kami angkat beg and biar sahaja kertas kerja yang ada di atas meja. Dengan harapan esok datang baru kemas.

Gangguan diluar pula

Insiden kali ini bukan sahaja berakhir disini, Zatie tekena lagi gangguan di parking kereta dimana kereta tidak boleh start dan lagu radio dibuka dengan sendirinya. Selepas baca ayat Qursi barulah kereta boleh start. Soraya pula terkena gangguan di mana sewaktu dia memandu pulang di highway, dia ternampak seorang tua sedang melintas jalan dan dek kerana ingin mengelak keretanya terbabas. Nasib baik tidak mengalami kecederaan parah. Ruby juga terkena dimana apabila balik terus meracai-racau hinggakan perlu rawatan dari Ustaz.

Bagi birthday boy pula, sepanjang perjalanan selepas satu lagu dimainkan , lagu birthday akan keluar secara automatic. Tutup radio , dengan sendiri terbuka. Boss yang satu lagi tiada gangguan kerana sebaik dia masuk kereta dipasang alunan ayat-ayat Al- Quran .Buat KP pula tetiba demam panas mungkin kerana terkejut sebab semua terjadi dalam satu hari dan mengambil masa dalam 2-3 hari untuk pulih.

Apabila KP kembali , barulah mengetahui yang sebenarnya bilik belakang office yang terjadinya insiden yang tidak diundang adalah panggung wayang yang telah terbakar. Show tengah malam dan ada kematian tetapi tidak direkodkan. Bukan seorang tetapi ramai kerana tiada siapa yang terselamat dan terlupa akan show tengah malam pada masa berlakunya kejadian. Mungkin roh ini tidak disempurnakan seperti sepatutnya ataupun tidak jumpa jalan pulang…

KP terkaku dan sejak itu jika berada di shift petang kami akan cuba untuk tidak pulang lebih dari jam 12 dan jika terjadi insiden yang pelik memang kami akan terus pulang. Tiada lagi pandang belakang. Cukuplah sekali KP dah kena , dengan harapan tiada kedua atau ketiga

Adakah ini illusi atau cerita rekaan semata-mata? Atau adakah ianya benar-benar berlaku ? Tidak semestinya di tempat gelap atau sunyi boleh berlaku tetapi di pejabat pun boleh. Bagi KP ini adalah pengalaman seram yang pernah KP alami sendiri . Mungkin dengan penulisan ianya tidak menakutkan tetapi percayalah apabila ianya berlaku pada anda masa itu, mungkin lidah kaku atau jatuh pengsan, bulu roma naik ataupun terkencing dalam seluar..

Nilai-nilailah sendiri.. Hanya satu pesanku jangan sekali suka bercakap besar tentang mereka…

Volkswagen Kuning

Volkswagen Kuning ini akan kembali menghantui dunia perfileman negara kerana akan ditayangkan di seluruh pawagam-pawagam mulai 22 SEPTEMBER 2016 dengan barisan pelakon seperti Pekin Ibrahim dan Atiqah Suhaimie serta ramai lagi. Filem ini merupakan adaptasi cerita seram yang masih misteri.

2

Sinopsis Volkswagen Kuning

 baner-vk
Sepasang kekasih yang telah bertunang iaitu Fuad dan Sarah yang dalam perjalanan pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas waktu senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Valkswagen Kuning.Fuad ditahan di wad, mnakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Radhah, kakak Sarah datang untuk menjemput Sarah pulang ke Bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya

Trailer Volkswagen Kuning

Selain dari itu, jangan lupa sertai Contest anjuran Bro Framestone bersama MIG Pictures Sdn dengan klik di Contest Volkswagen Kuning Anjuran Bro Framestone

3 Comments

  1. Seram sejuk ja membaca cerita ni… Penakutnya saya… Hihi
    Susnan cerita sangat menarik…

  2. UPU

    Seram dan menyeramkan. Mau cari kawan ba kali tu. Saja ja dia bergurau-gurau. Hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge