Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
NOIR ANJUR KONVENSYEN 10 RIBU WANITA BERNIAGA| Mungkin ada yang tidak pernah mendengar akan nama NOIR tetapi mereka bukanlah baru di industri kecantikan. Bisnes kecantikan yang bukan setakat di Malaysia malah sudah meluaskan pasaran di luar negara.
NOIR Health & Beauty Sdn Bhd
Syarikat yang berjaya mengetengahkan produk-produk kecantikan yang halal dan premium secara meluas ke seluruh negara. Merupakan jenama tempatan yang telah bertapak sejak tahun 2017 lagi.
Kini jenama ini telahpun berjaya menembusi industri kecantikan di luar negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei, Australia dan juga Dubai.
Formulasi Produk
Ianya dari tumbuh-tumbuhan. Setiap produk yang dihasilkan sentiasa dipastikan mencapai kualititi yang ditetapkan, ini kerana sentiasa mehu memberikan yang terbaik buat penggunanya.
MADAMMU Eriyca Baiduri
Lebih dikenali sebagai Madammu, mempunyai minat yang begitu mendalam dalam kecantikan dan penjagaan kulit. Beliau sentiasa bersemangat dan konsisten dalam berkongsi tips kecantikan telah membawanya ke dalam perniagaan kesihatan dan kecantikan ini.
Bermula dengan suka-suka untuk berkongsi di platform sosial media kini mendapat tempat di industri ini.Dalam jangka masa yang berpanjangan, perkongsian gaya hidup dan rutin kecantikan Madammu di media sosial telah mewujudkan fenomena dalam industri kecantikan tempatan.
Keterampilan dan pengetahuan Madammu dalam menyampaikan tip-tip tentang kecantikan, terutamanya penjagaan kulit telah memberikan ilham kepada para pengikutnya, Mana taknya untuk tampil cantik perlu mengambil kira jenis kulit yang berbeza dan cabaran individu dalam memperoleh kesan yang diinginkan. Kalau nakkani kulit wajah yang sihat dan berseri.
Apa maksud NOIR
Selari dengan kesedaran kecantikan secara alami, Madammu mengambil keputusan untuk menghasilkan produk penjagaan kulit yang halal dan premium yang paling ideal untuk setiap wanita. Oleh itu wujudlah Noir.
Jika dilihat dari bahasa Perancis Noir bermaksud HITAM dan ini merupakan warna kegemaran Madammu. Namun begitu untuk jenama ini, warna unggu merupakan warna korporat.
Anugerah Produk Penjagaan Kulit Premium Terbaik
Pencapaian Syarikat Madammu bersungguh-sungguh menerapkan betapa pentingnya memanfaatkan elemen alami dan botanikal yang digabungkan secara alkimia untuk rangkaian produk kecantikan premium halalnya. Hasilnya, syarikat ini berjaya merangkul anugerah “Produk Penjagaan Kulit Premium Terbaik” dalam Asia Halal Brand Award (AHBA) 2019.
Nona Top Beauty Entrepreneur 2020.
Kejayaan demi kejayaan di perolehi . Kali ini Madammu turut tersenarai sebagai Nona Top Beauty Entrepreneur 2020. Sekaligus membuktikan bahawa gandingan kerjasama sepasukan yang berterusan pasti membuahkan hasil. Madammu telah diiktiraf antara 16 usahawan produk kecantikan terkemuka dan dipaparkan dalam majalah Nona penerbitan Januari 2020.
Dengan penglibatan wanita bersama Noir bukan sahaja dapat menaikkan keyakinan diri serta jaminan produk melalui program keusahawanan oleh syarikat, bahkan usahawan jenama Noir juga berpeluang menjana aliran pendapatan tetap mereka sendiri.
Memegang pada prinsip sentiasa melangkah ke hadapan tidak hairanlah jenama Noir tetap kekal relevan dan sentiasa mendapat permintaan tinggi daripada penggunanya.
Anugerah Superbrands Malaysia 2020
Noir merupakan penerima Anugerah Superbrands Malaysia 2020 dalam “Kategori Kesihatan & Kecantikan. Pengiktirafan yang sangat berprestij bagi syarikat dalam menghargai usaha mereka untuk terus maju dalam industri.
Noir juga telah dianugerahkan sebagai The BrandLaureate – The World’s BestBrands e-Branding Awards dalam kategori “Cosmetic and Skin Care Solution” pada Oktober 2020. Satu pengiktirafan yang sangat berprestij bagi syarikat dalam menghargai usaha mereka untuk terus maju dalam industri.
Kekuatan Team NOIR
Kekuatan Team Noir bermula sejak penubuhan pada 4 tahun yang lepas yang mana Noir telah membantu lebih 15,000 wanita dalam mengubah dan menambah baik kehidupan masing-masing. Begitu ramai di kalangan team Noir yang telah berjaya walaupun kebanyakan daripada mereka merupakan suri rumah dan tiada pengalaman dalam bidang keusahawanan.
Berkat daya usaha mereka sendiri untuk bangkit untuk ubah hidup serta bimbingan daripada pengasas Noir Madammu yang sentiasa memberikan sokongan dan strategi pemasaran Noir yang menyeluruh samada dalam talian mahupun luar talian.
Lebih membanggakan Noir juga telah melahirkan beautypreneurs yang berjaya menjana pendapatan antara 5-6 angka secara konsisten setiap bulan. Setelah menyertai ,ramai yang telah merealisasikan impian masing-masing dalam membantu keluarga dari kesusahan dan kesempitan, sehingga ada yang mampu memiliki kereta dan rumah idaman.
10 Ribu Wanita Berniaga
10 Ribu Wanita Berniaga adalah salah satu program untuk membantu wanita untuk lebih yakin dan bertindak lebih berani dalam mengubah taraf kehidupan sedia ada. Konvensyen ini menampilkan pengasas Noir, Madammu yang akan berkongsi perjalanan beliau bermula dengan perniagaan dalam bisnes kecantikan.
Dari Wanita, Kepada Wanita!
Seperti mana yang ramai sedia maklum apabila negara kita bahkan seluruh dunia dilanda wabak pandemik, begitu ramai yang terjejas dari segi perjalanan kehidupan seharian. Ada yang terpaksa diberhentikan kerja oleh majikan.
Ada keluarga yang terjejas teruk tiada pendapatan dan ada juga yang kehilangan tempat bergantung. Situasi ini telah menyebabkan begitu yang terkesan akibat PKP.
Noir prihatin dan mengambil berat di atas situasi yang telah berlaku. Melalui pengalaman lepas yang mampu melahirkan lebih ramai usahawan muda untuk bangkit pastinya dapat membantu kali ini untuk mereka yang mengalami masalah untuk hadapi cabaran dan melalui halangan yang menghimpit mereka.
Kolaborasi Bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Satu program kolaborasi strategik bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah dianjurkan iaitu Konvensyen 10 Ribu Wanita Berniaga.
Konvensyen ini disokong penuh oleh YBhg Datuk Seri Rina Mohd Harun atas objektif program yang selaras dengan tema Hari Wanita 2021 iaitu, “Wanita Bangkit Mendepani Cabaran”
KONVENSYEN 10 RIBU WANITA BERNIAGA
Konvensyen yang disertai begitu ramai agen Noir secara atas alam maya ini turut dimeriahkan dengan persembahan bertenaga dari penyanyi Hael Hussaini.
Sepanjang acara tersebut Hael menyampaikan dua lagu hits beliau iaitu Hati dan Hajat.
PENYAMPAIAN ANUGERAH PADA AGEN & STOKIS
Turut berlangsung di acara kemuncak selain daripada pelancaran Konvensyen 10 Ribu Wanita, majlis penyampaian Anugerah kepada agen dan stokis cemerlang Noir. Penghargaan yang boleh dijadikan inspirasi sekaligus menaikkan semangat berbisnes hebat bersama Noir.
Masing-masing mempunyai jalan cerita sendiri. Namun dengan semangat kental kerana ingin mengubah nasib keluarga akhirnya mereka berjaya.
MATLAMAT PROGRAM
Matlamat Program 10 Ribu Wanita Berniaga Noir adalah untuk menawarkan tajaan bimbingan perniagaan bernilai RM10 juta untuk 10,000 wanita mula berniaga. kami mahu membimbing 10,000 wanita untuk mulakan perniagaan tanpa modal dari kosong sehingga capai pendapatan hingga RM10,000 sebulan.
STARTER PACK
Melalui kempen ini, bakal menawarkan bimbingan perniagaan sehingga RM1,000 seorang untuk 10,000 wanita yang mendaftar sepanjang kempen berlangsung. Selain itu, Noir memperkenalkan Starter Pack, pek permulaan sebagai agen (Noir Entrepreneur) dengan modal hanya RM378, yang terdiri daripada 4 kotak miniset.
Selain itu, mensasarkan matlamat yang tinggi menjelang tahun 2021 untk menghasilkan seramai 10,000 agent (Noir Entrepreneur) yang menjana pendapatan RM10,000 ke atas secara bulanan.
Untuk para wanita yang berminat untuk berniaga tanpa modal, Noir menawarkan program keusahawan iaitu Noir Mobile. Ianya adalah sebuah program yang melahirkan dropship Noir. Target untuk tahun 2021 adalah untuk melahirkan seramai 50,000 Noir Mobile dengan pendapatan bulanan konsisten RM1,000 ke atas.
KENAPA 10 RIBU WANITA BERNIAGA?
- MEMBANTU lebih ramai wanita untuk berani berniaga Kejayaan yang TERBUKTI! Noir telah berjaya melahirkan ramai wanita termasuk jutawan di kalangan stokis dan agent.
- MEMBERI PELUANG kepada wanita untuk meningkatkan taraf ekonomi secara berniaga Wanita yang inginkan masa depan yang lebih cerah dan terjamin. Wanita yang inginkan gaya hidup yang diimpikan. #KamiWanitaNoir
- MEMBIMBING WANITA menambah dan mencari sumber pendapatan bagi membantu diri dan keluarga Noir bersedia untuk membantu wanita memperbaiki taraf kehidupan ke arah yang lebih baik! Kita sebagai wanita juga boleh menjadi penyumbang dan berikan kehidupan yang lebih baik dan selesa untuk keluarga, terutamanya anak-anak. Sebagai seorang isteri dan juga ibu, inilah pengorbannya. #KamiWanitaNoir
- MEMBERI KESEDARAN kepada wanita, mereka juga mampu berjaya dalam perniagaan Sudah tiba masanya untuk wanita mencorakkan kehidupan sendiri, bak kata pepatah be your own boss. Cabar diri dan lihat sejauh mana kita boleh melangkah kerana inilah masanya untuk #KamiWanitaNoir
- MEMBENTUK WANITA yang mampu membina kerjaya dengan adanya ilmu Dengan ilmu, akan meningkatkan keyakinan diri. Ilmu yang disediakan akan dapat membantu para wanita untuk mula berniaga dengan betul. Noir terdiri daripada team leader yang bersedia untuk berkongsi pengalaman mereka sepanjang berniaga dengan Noir. #KamiWanitaNoir
CABUTAN BERTUAH
Apa yang lebih menarik! Bagi mereka yang mendaftar program ini berpeluang memenangi hadiah hebat yang ditawarkan melalui cabutan bertuah. Memang terbaik inisiatif ini. Keterangan lanjut serta pendaftaran boleh layari:
Website 10 Ribu | Website NOIR| Facebook |Instagram
Selamat hari wanita kepada semua wanita yang diluar sana.
Saiful recently posted…Bercita-cita hendak memiliki kedai di Shopee, tapi tidak tahu dimana harus bermula.