BLACK G KOLABORASI DENGAN DYNAS INTAI PASARAN SHOPEE THE BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mungkin ada yang bertanya apa itu Black G? Tumbuhan ke , makanan ke atau apakah ke ia?
BLACK G
Ditubuhkan pada tahun 2016, Black G Sdn Bhd. Bermula dengan usaha awal untuk menghasilkan dan menjual produk berasaskan kunyit hitam secara kecil-kecilan iaitu Black Ginger atau Black G.
Ketika minat dan permintaan meningkat, jelas untuk mempelbagaikan produk diperlukan dan kerjasama strategik dijalin untuk mengembangkan bahan dasar.
Pembabitan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) turut memainkan peranan penting untuk menjayakan apa yang sedang diusahakan.
PEROLEH BANYAK ANUGERAH
Kerjasama itu bagi memastikan bahawa semua produk Black G bebas dari bahan buatan dan terlarang. Sekaligus berjaya mendapatkan sijil perakuan Halal.
Produk Black G sangat terkenal dalam industri dan sudah memperoleh banyak anugerah. Ini membuktikan keberkesanan kualiti produk dihasilkan.
KOLABORASI BERSAMA DYNAS
Dalam mengembangkan lagi pasaran produk ini, syarikat ini berkolaborasi dengan selebriti terkenal Dynas Mokhtar, Turut bertindak selaku rakan kongsi perniagaan.
Menurut Dynas, pembabitannya bagi membolehkan dia dan rakan perniagannya, Mohamad Mughniy Mohamad, 33. Selaku Pengurus Pembangunan Perniagaan berkongsi idea dari segi pemasaran dan penjualan.
“Produk kami dirumuskan melalui proses penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang meluas oleh saintis dan profesional. Yang diperakui untuk memastikan keselamatannya dari formulasi hingga tahap dos.
“Dari segi kerjasama dengan syarikat Black G Sdn Bhd pula, idea tercetus kerana saya dan Mughniy atau Mune pernah bekerjasama. Kami berkerjasama pada 2016 menerusi perniagaan Restoran Eat With Mune.
Keserasian yang wujud antara kami mendorong kepada usaha melebarkan perniagaan dalam produk ini pula.
“Bukan sekadar mewakili jenama produk, tetapi saya sebagai rakan kongsi atau rakan perniagaan. Ini sekaligus kami dapat berkongsi idea dalam memberikan cadangan untuk pemasaran dan penjualan,” katanya.
Sementara itu, Mughniy berkata, menerusi produk ini, mereka mempunyai rancangan masa hadapan.
“Selepas meraih lapan anugerah, produk kami terpilih mewakili Malaysia untuk produk herba yang akan dipamerkan di Expo Dubai 2021/2022 tidak lama lagi.