NICO G LANCAR BARANGAN EKSKLUSIF SEMPENA GV8 BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kenal anda dengan NICO G, penyanyi hip hop tahun 90an!.
NICO G
Sempena penyertaan NICO G dalam program realiti Gegar Vaganza 8, kami telah melancarkan barangan eksklusif kumpulan kami dengan rakan kolaborasi Labu Labi Premium. Sebuah majlis pelancaran telah diadakan hari ini di kedai Labu Labi Premium di Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur.
NICO G HOMMIEZ
Meriah dengan kehadiran ahli kelab peminat yang digelar NICO G Hommiez. Majlis yang diadakan serba
ringkas itu membuka peluang kepada mereka yang hadir. Menjadi orang terawal yang mendapatkan barangan ekslusif NICO G.
Selain itu berkesempatan untuk bergambar dan mendapatkan autograf dari ketiga-tiga ahli kumpulan peneraju irama HipHop tanahair.
BARANGAN EKSKLUSIF
Menurut M.D. Nico selaku ketua kumpulan, perancangan untuk melancarkan barangan eksklusif ini dibuat dalam masa dua hari sahaja.
Biarpun mereka sibuk membuat persiapan untuk konsert minggu ketiga Gegar Vaganza 8 pada hari Ahad ini, 5 Disember 2021 pada jam 9 malam.
MASIH LAGI BERSAING DALAM GEGAR VAGANZA 8
Bakal menyanyikan lagu ‘Manis’, peminat-peminat boleh sokongan terhadap kumpulan kami dalam Gegar Vaganza 8 dengan mengundi mereka bagi Anugerah Betul-betul Luar Biasa di link berikut:
Website Anugerah Betul-betul Luar Biasa |
Selain menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada para peminat yang banyak memberikan kata-kata semangat kepada kami sepanjang terlibat dalam Gegar Vaganza 8.
DINO
Dino memberitahu bahawa pelancaran yang diadakan ini merupakan hadiah buat peminat-peminat yang sentiasa menantikan barangan eksklusif baharu dari kami.
AFFA
Affa memberitahu bahawa setiap kali barangan ekslusif yang dihasilkan, setiap ahli kami pasti akan terlibat secara langsung dari segi rekaan, pemilihan kain sehinggalah bungkusan. Ini bagi memastikan barangan yang dihasilkan berkualiti dan eksklusif.
NICO G
Berkata berdasarkan pengalaman yang lalu, kesemua barangan keluaran mereka akan habis terjual dalam masa yang singkat kerana ramai yang mengumpul barangan ini untuk koleksi simpanan peribadi.
Peminat-peminat dan orang ramai yang ingin memiliki barangan eksklusif, boleh membuat tempahan dengan mengunjungi kedai Labu Labi Premium atau mengikuti akaun
Pingback: NICO G TERSINGKIR DI GEGAR VAGANZA 8 MINGGU KE3!