Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Nadiya Nisaa & Dazreen Dalam Telemovie Saksi Hanya di TV2 |Membawakan watak gadis lurus bendul yang terperangkap dalam situasi menjadi saksi pembunuhan kejam seorang wanita antara cabaran yang diterima pelakon Nadiya Nisaa dalam menghidupkan watak utama bernama Mastura. Menerusi telemovie penyiasatan bertajuk Saksi yang disiarkan pada 24 November ini, pukul 9.30 malam di TV2, penonton turut berpeluang menyaksikan lakonan mantap Dazren Kamaruddin, Aida Aris, Heryanto, Rasyid Jaafar dan Mustaqim Bahadon yang turut membintangi telemovie arahan Fairuz Loy ini.
Telemovie Saksi
Kisahnya belegar dengan memperkenalkan watak utama Mastura adalah seorang gadis yang lurus bendul tinggal berdua bersama kakaknya Zainab yang telah kematian suami. Menyedari kekurangan adiknya itu, Zainab sedaya upaya mengawasi pergerakkan Mastura untuk memastikan Mastura tidak dibuli. Suatu hari Mastura ke kebun untuk mencari ulam dan terserempak dengan sekumpulan lelaki yang hendak menanam mayat. Mereka telah melarikan diri apabila ada orang lain yang datang dan membiarkan mayat itu di situ. Mastura hanya menyaksikan kejadian tersebut.
Pegawai Penyiasat, Rizal dan Penolong Pegawai Penyiasat, Dahlan telah menemui Mastura dan menyoal siasatnya berhubung perkara tersebut. Zainab terkejut menerima kehadiran mereka dan mahu mereka menangkap penjenayah sebenar. Ini kerana dia tidak mahu adiknya itu tersalah tuduh.

Dengan pertolongan Mastura, Rizal cuba untuk mendapatkan bukti kukuh untuk menangkap pembunuh sebenar Dina, mayat yang ditemui di kebun itu.Namun usaha mereka untuk menangkap penjenayah sebenar bukanlah mudah kerana terpaksa melalui pelbagai insiden dan kesukaran. Berjayakah mereka menyelesaikan kes tersebut?
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

