myCITTA Servis Terbaru Penghantaran Dari CITTA Mall

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

myCITTA Servis Terbaru Penghantaran Dari CITTA Mall| myCITTA nie baru rupanya. Dari nama ni sendiri pasti boleh agak yang ianya dari CITTA MALL.

myCITTA

CITTA Mall secara rasminya telah melancarkan platform penghantaran atau ‘delivery’ untuk pertama kali. Kini para pelanggan yang biasa ke sini tidak perlu risau. Masih boleh lagi menikmati kelebihan pembelian demi keselesaan.
Ianya lebih kepada penghantaran dari CITTA Mall buat para pelanggan yang setia. Yang inginkan keselesaan dalam membeli barangan keperluan. Platform untuk myCITTA boleh dibuat melalui laman web membeli-belah www.citta.com.my.
Pelbagai barangan boleh dibeli melalui platform in. Jadi anda tidak perlu risau ya! Diberi pilihan sewaktu membuat tempahan sama anda ingin membuat penghantaran ke rumah atau ‘pick up’ di outlet

“Oleh itu, kami memanfaatkan peluang yang diberikan oleh era digital untuk membantu penyewa meningkatkan penjualan sambil membuat belanja selamat, selesa, dan menyenangkan.
Memandangkan pandemik ketiga masih ada lagi, ramai yang gusar untuk keluar membeli barangan. Keluar rumah hanya bila perlu. Ini adalah alternatif & insiaitif kami, menawarkan perkhidmatan penghantaran.
Tidak seperti perkhidmatan penghantaran lain, myCITTA menawarkan penghantaran tempatan di luar makanan di dalam dan di luar Lembah Klang. Pembeli masih boleh membeli barangan yang diinginkan dari pusat membeli-belah dari keselesaan rumah mereka,”
-kata John Tam, Pengurus Besar CITTA Mall

Outlet di CITTA MALL

Pasti ada yang bertanya berapa outlet yang turut serta dalam myCITTA . Hingga ke hari ini lebih dari 35 outlet yang bersetuju untuk turut serta dalam menawarkan pilihan produk. Antara yang terlibat adalah
  • Makanan -A slice of Heaven, Beans N Beans, Wingstop, Fruitlab, Waroeng Penyet, Wrappe, Deli Wau, JOMLaksa,Marrybrown, Mikey’s Pizza, Onde Onde, Para Thai, Tail & Fin,Canning Heritage,Gajahmada, House of Malaya,Penyet Express,A&W,Iyakimono, The Barn, Twinbow, Union Roastery,Universal Noodle
  • Keperluan Rumah-Ashley Furniture HomeStore
  • Servis-A Peak Fitness,Gadget C Store,A Beauty Secret Studio,Manjakaki, B Optique,Julia Gabriel & Chiltern House Preschoo

Promosi Terkini

Sempena pelancaran myCITTA  platform digital ini, beberapa outlet menydiakan promosi, diantaranya

Kedai Gadget C

Kedai Gadget C membuka cawangan ketiga di Selangor. Outletnya menawarkan produk IT berjenama mulai dari telefon hingga aksesori komputer. Antaranya mouse, papan kekunci, mikrofon tanpa wayar, airpod, casing, pelindung skrin, kabel, pengecas, power bank, pembesar suara, fon kepala dan banyak lagi.

Jenama produk asli, import dan berkualiti tinggi seperti Roxens dan Hoco boleh didapati di sini. Kunjungi Kedai Gadget C : F-16 (First Floor) Hubungi talian : 016-307 4812 untuk tempahan dan pertanyaan dan layari ke https://www.facebook.com/gadgetcstore/.

Manjakaki

Pilihan foot refleksologi kalau ke CITTA Mall ni pastilah singgah urutan kaki di Manjakaki. Juga terdapat perkhidmatan urutan badan di sini yang telah bertapak dari tahun 2008 lagi.

Kunjungi Manjakakidi : G-37 (Ground Floor) Hubungi talian : +6013-270 8650 untuk tempahan dan pertanyaan dan layari ke https://www.manjakaki.com.my/ .

B Optique

Mencari cermin mata baru boleh ke sini. Dilengkapi dengan peralatan pemeriksaan mata canggih, Setiap perkerja di sini berpengalaman dan berkelayakan. Menawarkan produk yang berkualiti tinggi selain perkhidmatan yang terbaik buat para pelanggan.

Kunjungi : F-20 (First Floor) . Hubungi talian : 6014-933 5859 untuk tempahan dan pertanyaan dan layari ke www.facebook.com/boptique

Cara Membuat Pesanan Melalui myCITTA

Untuk membuat pesanan dalam talian, pembeli hanya perlu mengikuti langkah berikut:
  • Layari laman web www.citta.com.my di PC atau telefon bimbit
  • Klik butang Pesan Sekarang di bahagian Best Seller atau klik pada logo kedai yang mengambil bahagian.
  • Pilih item dan kuantiti (pilih add-ons, jika ada), kemudian klik Add to Order.
  • Semak pesanan anda dengan mengklik ikon shopping cart. Pilih tarikh dan masa penghantaran, kemudian isikan maklumat anda.
  • Tandakan kotak ‘Saya faham dan saya sudah bersedia untuk menghantar pesanan saya’ dan klik Kirim Pesanan.
  • Selesaikan pembayaran, terima pengesahan pesanan anda melalui WhatsApp, dan tunggu pesanan anda tiba.
Inginkan maklumat lanjut boleh layari di  layari laman web myCITTA di :



1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge