Muzium Illusi Asia Pertama Di Buka Di Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Muzium Illusi Asia Pertama Di Buka Di Bukit Bintang, Kuala Lumpur| Illusi ada yang mengatakan yang ianya tidak benar , ada pula mengatakan yang ianya angan-angan atau khayalan. Tetapi yang KP ingin kongsikan adalah tentang Muzium Illusi yang pertama di buka di Kuala Lumpur.

Informasi tentang Muzium Illusi

Muzium Illusi ini adalah yang pertama di buka di Kuala Lumpur dan menjadi yang pertama di Asia. Sebelum ini muzium seperti ini telah di buka di Eropah dan juga Middle East. Antara lokasi yang terpilih dan telah dibuka seperti New York, Berlin, Dubai dan juga Toronto. Dikatakan ilham dari Zagreb Croatia, muzium ini bukan setakat memberikan illusi visual tetapi dikatakan memberikan pendidikan kepada pengunjung yang hadir

Mempunyai lebih dari 60 pameran illusi seperti illusi optik di seluruh Asia , koleksi terbesar hologram dan stereogram. Setiap pameran yang ada di sini telah direka bukan untuk keseronokan sahaja tetapi memberi peluang buat para pengunjung mempelajari tentang unik dan bagaimana pemikiran kita di putarbelit dengan illusi sahaja (ditipu).

“Bakal menjadi salah satu tarikan buat para pengunjung tempatan mahupun antarabangsa apabila melawat Kuala Lumpur. Pelawat berpeluang untuk berkongsi foto dan juga video mereka yang menakjubkan sewaktu berada di sini melalui sosial media. Kami juga mempunyai ruang permainan seperti menyelesaikan masalah, menawarkan pengalaman yang berlainan yang boleh dinikmati dengan ahli keluarga mahupun rakan-rakan anda”

“Anda boleh ketawa, menjerit, berlari mahupun mengambil gambar tidak seperti muzium biasa. Muzium Illusi yang di reka khas unuk meraikan kreativiti dalam keseronokan , interaktif dan paling WIN persekitaran yang lain dan memukau.”

kata En Azizul

Antara yang menarik perhatian KP sewaktu berada di Muzium Illusi adalah 

camna ada kepala mana badannya

Spiderman kah?

Muzium Illusi mempamerkan illusi dan fikiran yang menghiburkan , mengajar anda tentang penglihatan, persepsi ,pemikiran otak manusa dan juga sains. Membolehkan pengunjung memahami mengapa mata melihat perkara- perkara yang tidak di fahami oleh otak . Ada bilik mainan teka teki dan puzzle untuk anda menggunakan otak , fikiran agar dapat menyelesaikan masalah melalui permainan interaktif berdasarkan ilmu sains, matematik dan lain lagi.

Harga Tiket

Muzium Illusi ini terletak di Tingkat 1 & 2, Ansa Hotel, Bukit Bintang Kuala Lumpur. Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 11 malam dan tiket masuk berharga RM35 (dewasa) dan RM25 (kanak-kanak 15 tahun ke bawah).

Giveaway Tiket Muzium Illusi

Tunggu ye, kite update nanti
Jangan lupa baca maklumat lanjut di www.museumofillusions.my atau hubungi mereka di talian 03-21102654.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge