MUSICA FEST 2025, APA YANG BEST?

Musica Fest 2025 Bakal Satukan Nidji, Geisha, D’Masiv, Shakira dan Steven di Kuala Lumpur.

MUSICA FEST 2025

Peminat muzik Indonesia bakal disajikan dengan malam penuh nostalgia, emosi dan kepelbagaian genre apabila Musica Fest 2025 bakal diadakan di Kuala Lumpur. Mana taknya menghimpunkan lima nama besar industri muzik seberang di atas satu pentas seperti Nidji, Geisha, D’Masiv, Shakira Jasmine dan Steven Pasaribu.

KOLABORASI BERSAMA

Bakal diadakan pada 16 November 2025 di Axiata Arena, Kuala Lumpur merupakan hasil kolaborasi antara Shiraz Projects dan Musica Studio’s. Membawakan sebuah festival Yang meraikan warna-warni muzik dari kugiran ternama hingga soloist muda berbakat besar.

MUSICA FEST 2025, APA YANG BEST?

PENYATUAN ERA DAN GENRE

Gabungan artis Kali ini adalah simbol penyatuan era dan genre muzik yang berbeza dan menjadikan Musica Fest – pesta bunyi yang benar meriah dan pelbagai.

‘Kami sengaja memilih pemuzik dari latar berbeza. Ada yang sudah lama bertapak seperti Nidji, D’Masiv Dan Geisha. Serta bintang baru seperti Shakira Jasmine dan Steven Pasaribu. Ini bukan sekadar Konsert tetapi sebuah pertemuan muzik lintas generasi,’

-kata Shirazdeen Karim, Pengasas Shiraz Projects.

NIDJI

Pernah mencetus fenomena menerusi lagu Hapus Aku dan Sumpah Dan Cinta Matiku, menyifatkan Musica Fest sebagai peluang istimewa untuk kembali berkongsi pentas dengan rakan seperjuangan. Juga sebagai menyiking kemunculan generasi baru bagi muzik Indonesia.

‘Sudah lama kami tidal satu pentas dengan Geisha dan D’Masiv. Kehadiran Shakira dan Steven menjadikan Musica Fest ini lebih istimewa. Kita raikan muzik lama dan baru bersama-sama

-kongsi Nidji

Pasti ramai yang tidak sabar ingin menyanyikan bersama seperti Lumpuhkan Ingatanku [Geisha[, Cinta Ini Membunuhku [D’Masiv[, Benar Salah [Shakira Jasmine] Dan Cinta Tiah Terlambat [Steven Pasaribu]. Tiket bakal dijual mulai 23 April 2025 jam 10 pagi.

HARGA TIKET

Tiket ditawarkan dengan harga bermula dari RM158 hingga RM398- merangkumi beberapa kategori tempat duduk termasuk Diamond, Platinum, Gold Dan Rockzone [Free Seating]. Untuk maklumat lanjut, peminat boleh hubungi di Talian 0386050196 atau 0122560082

MUSICA FEST 2025, APA YANG BEST?

Website Shiraz | Website Ticket

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge