MOU ANGSA EMAS JEWELLERY DAN AEJ TAKAFUL, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Emas dan Insurans atau Takaful adalah antara perkara penting atau wajib dititikberatkan .
Emas dijadikan sebagai perhiasan untuk bergaya dan ada juga membeli sebagai simpanan. Harga emas makin meningkat hari demi hari jadi kalau di pajak atau di jual balik masih ada harganya.
ANGSA EMAS JEWELLERY
Telah diasaskan pada 18 Ogos 2016 oleh Datuk Zulhilmi Mukhtar dan Datin Normadora Mohd Nor.
Syarikat ini semakin popular kerana menjual barang kemas dengan reka bentuk eksklusif berbeza dengan kedai barang kemas lain yang menjual reka bentuk tradisional.
Reka bentuk barang kemas yang terdapat di Angsa Emas Jewellery diberi sentuhan eksklusiviti seperti koleksi Adore, Hagiaa dan Omnia.
Melihat dengan keperluan dan permintaan emas hari ini, mempunyai misi melaksanakan memperluaskan industri emas serta melakukan pelbagai rancangan kolaborasi strategik.
DISEDIAKAN TRANSAKSI ATAS TALIAN
Jangan terkejut ya dimana syarikat ini juga bakal melaksanakan transaksi jual beli emas di atas talian dan memperluaskan cawangan perniagaan yang ada.
“Kami sedang membangun dan memperkasakan perlaksanaan Prosedur Operasi Standard [SOP] patuh syariah didalam perniagaan emas.
Antara perancangan lain syarikat pastinya menambah cawangan . Selain itu juga menggiatkan aktiviti promosi dan kolaborasi korporat untuk perkenalkan Angsa Emas Jewellery.
Syarikat juga menawarkan peluang pelaburan kepada pelabur dengan menjadi pelopor perniagaan patuh syariah di Malaysia,”
-kata Pengarah Angsa Emas Jewellery, Datuk Zulhilmi Mukhtar
LOKASI CAWANGAN ADA BERAPA?
Setakat ini sudah mempunyai dua kedai iaitu di Bangi dan Shah Alam dan bakal menambah lagi di seluruh negara
MOU BERSAMA AEJ TAKAFUL
Keahlian AEJ Takaful adalah sebuah pelan keahlian baharu yang diperkenal oleh Angsa Emas Jewellery kepada ahli-ahlinya. Ianya atas kerjasama dengan Modularsoft oleh Etiqa General Takaful Berhad.
Pelan keahlian ini menawarkan faedah yang lebih baik dengan memberikan nilai mata yang lebih tinggi untuk setiap pembelian.
Disamping memberikan perlindungan kemalangan peribadi yang bernilai sehingga RM30,000 untuk kematian atau hilang upaya menyeluruh secara kekal yang disebabkan oleh kemalangan.
Pelan keahlian ini dibuka untuk warganegara Malaysia yang beragama Islam serta berumur dalam lingkungan 18 tahun hingga 65 tahun.
TAWARKAN PELAN PERLINDUNGAN INDIVIDU BERKUMPULAN
“Etiqa General Takaful Berhad amat bebesar hati menawarkan pelan perlindungan Individu Berkumpulan buat ahli-ahli Angsa Emas Jewellery.
Pendekatan strategik ini bakal memberikan nilai tambah yang besar. Memberikan pampasan sehingga RM 30,000 kematian atau kecacatan penuh secara kekal yang disebabkan oleh kemalangan.
Tidak lupa juga pampasan kos pengembumian sehingga RM 3,00 seorang,”
-Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Tengah Etiqa, Encik Rozily Jaafar
SIAPA MUSE ANGSA EMAS JEWELLERY
Memang dah dijangkakan yang penampilan dan personaliti-nya ini selalu mencuri perhatian. Kini, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che’Ta dipilih sebagai Muse yang dimana sesuai dengan pengaruhnya sebagai seorang selebriti.
Selain dari seorang yang sentiasa menjaga keterampilan dan anggun, Che Ta juga melengkapkan gayanya dengan memakai barang kemas.
Berinspirasi untuk menjadikan Rozita Che Wan sebagai Muse bagi Koleksi Eksklusif dan Koleksi Raya bagi tahun 2023. Semoga dengan kerjasama ini menambahkan lagi kilauan kedua-dua belah pihak.