MM BISTRO PENANG NASI KANDAR ADA MENU RAHMAH, BEST KE?

MM BISTRO PENANG NASI KANDAR ADA MENU RAHMAH, BEST KE?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sana sini kite dengar ada menu rahmah. Apa yang menarik tentang menu ini

MENU RAHMAH

Ianya adalah satu inisiatif yang mampu menarik para pelanggan ke gerai atau restoran untuk menikmati hidangan yang bermula dari RM4.90.

MM BISTRO PENANG NASI KANDAR

MM Bistro tidak melepaskan peluang untuk turut sama memperkenalkan menu rahmah ini sewaktu pelancaran restoran-nya di Bandar Hillpark, Puncak Alam.

Menu Rahmah yang diperkenalkan kali ini berharga RM5.90 – Set Nasi Kandar Ayam bersama air sirap.

Pasti ada yang bertanya ada pilihan lain tak selain ayam. Buat masa ini, cuma ayam tetapi akan berubah kepada ikan mahupun lauk lain pada masa akan datang.

PELANCARAN MM BISTRO PENANG NASI KANDAR

Restoran ini telah dirasmikan oleh Dato’ Penggawa Permatang Paduka Maha Bijaya Orang Besar Daerah Kuala Selangor dan Dato’ Mohamad Yaacob bin Dato’ Ismail.

Ada juga Tuan Haji Yunus bin Tasim -Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada YB Dato’ Seri Salahuddin Bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup.

Ingin mengekalkan konsep Mamak Penang meskipun kini berada di Lembah Klang. Sekali gus mempromosikan budaya restoran mamak Muslim yang sebenar kepada orang ramai.

RAMADAN ADA BUBUR LAMBUK ?RAMADAN ADA BUBUR LAMBUK ?

Insyallah, minggu kedua bulan Ramadanm MM Bistro bakal memberi 1000 bungkus Bubur Lambuk secara percuma pada para pelanggan.

Kelainan antara restoran-restoran mamak diluar sana adalah Teh Tariknya mengguna serbuk teh istimewa yang dibawa khas dari Pulau Pinang.

Selain itu Nasi Dalca dan yang menarik roti canai terbang antara keunikan yang tiada tandingan berbanding restoran lain. Rempah-ratus yang digunakan dalam setiap juadah juga dibawa khas dari Pulau Pinang.

Menyasarkan 20 cawangan bakal ditambah dalam tempoh 6 bulan di sekitar Lembah Klang.

Instagram|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge