MILO® MALAYSIA BREAKFAST DAY KEMBALI, AWESOME!

Mulakan Pagi Anda Dengan Penuh Bertenaga: Acara Ikonik MILO® Malaysia Breakfast Day Kembali Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-75 MILO® di Malaysia

MILO® MALAYSIA BREAKFAST DAY

MILO® dengan bangganya mengumumkan kembalian MILO® Malaysia Breakfast Day (MBD) yang dinanti-nantikan pada tahun 2025. Acara ini mengalu-alukan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan usia untuk bersama-sama meraikan kepentingan memulakan hari dengan sarapan berkhasiat.

MILO® MALAYSIA BREAKFAST DAY

Tradisi tahunan ini menonjolkan komitmen MILO® yang berterusan dalam menyemarakkan gaya hidup lebih sihat dan aktif.

ULANGTAHUN KE-75 MILO®

Sempena ulang tahun ke-75 MILO® di Malaysia, jenama ini meraikan legasinya sebagai nama dipercayai di setiap rumah, menyemai generasi dengan rasa ikonik dan kebaikan menyeluruhnya.

DULU, KINI DAN SELAMANYA DEMI MALAYSIA

Dengan tema “Dulu, Kini dan Selamanya demi Malaysia,” sambutan ini menghargai sejarah luar biasa MILO® sebagai pelengkap hidup rakyat Malaysia. Sambil terus memainkan peranan penting dalam memberi inspirasi kepada semangat dan cita-cita negara.

MILO® MALAYSIA BREAKFAST DAY

PROMOSI KEPENTINGAN SARAPAN

MILO® Malaysia Breakfast Day bertujuan untuk mempromosikan kepentingan sarapan dalam membekalkan tenaga kepada rakyat Malaysia sejak ia diperkenalkan. Acara tahunan ini bukan sahaja menekankan keperluan sarapan tetapi juga memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menerokai.

MILO® ADVANTAGE

Formula unik yang menggabungkan bahan semula jadi seperti barli malt, susu, dan koko untuk mencipta rasa ikonik MILO®. Ia juga merupakan minuman malt pertama yang diiktiraf dengan Logo Pilihan Lebih Sihat. Melalui MILO® Malaysia Breakfast Day, peserta dapat merasai sendiri kebaikan dan manfaat MILO®.

PROMOSI GAYA HIDUP SIHAT DAN AKTIF

MILO® MALAYSIA BREAKFAST DAY

“Kami sangat teruja untuk mengembalikan MILO® Malaysia Breakfast Day, acara yang mencerminkan komitmen kami dalam mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif di kalangan rakyat Malaysia. Menjelang ulang tahun ke-75 kami di Malaysia, kami berbangga dengan legasi kami dalam menyokong perjalanan rakyat dan kesihatan yang lebih baik.

SARAPAN WAJIB UNTUK SEMUA

Sarapan adalah asas kepada hari yang produktif, dan permulaan yang berkhasiat membantu rakyat Malaysia mencapai yang terbaik. Melalui acara ini, kami terus memberi inspirasi dan mendidik komuniti tentang kepentingan sarapan berkhasiat sebagai permulaan harian,”

-kata Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan MILO® Malaysia.

MILO® MALAYSIA BREAKFAST DAY

MINUMAN IKONIK RAKYAT MALAYSIA

Perjalanan 75 tahun MILO® di Malaysia membuktikan kepentingannya sebagai jenama yang menyumbang kepada pembentukan negara yang sihat. Dari membimbing bakat sukan akar umbi hingga menyokong amalan pemakanan yang sihat, MILO® telah menjad minuman ikonik untuk rakyat Malaysia.

Komitmen untuk menyediakan pemakanan berkualiti dan menginspirasi generasi masa depan terangkum dalam tema ulang tahun ini.

ACARA MILO® MALAYSIA BREAKFAST DAY 2025

MILO® Malaysia Breakfast Day 2025 akan menjadi sambutan di seluruh negara, menyasarkan untuk mengumpulkan lebih daripada 75,000 peminat MILO® dari seluruh negara.

Acara pertama akan diadakan di Putrajaya pada 19 Januari 2025, diikuti oleh acara di Kuantan pada 9 Februari 2025, Johor pada 16 Februari 2025, dan Pulau Pinang pada 23 Februari 2025.

MILO® MALAYSIA BREAKFAST DAY

Peminat MILO® boleh menantikan pelbagai aktiviti yang bertenaga termasuk fun run, penampilan selebriti, sesi MILO® Fitness Workout, permainan sukan interaktif, MILO Goodness Truck yang ikonik, dan persampelan MILO®.

PILIH JERSI EDISI TERHAD MILO®

Seramai 3,000 peserta yang mendaftar awal berpeluang untuk memilih jersi edisi terhad MILO® Malaysia Breakfast Day 2025 yang bertema ulang tahun ke-75 jenama MILO®.

Marilah sertai pengalaman yang tidak akan dilupakan, untuk memulakan hari yang sihat dan aktif bersama semua rakyat Malaysia. Pendaftaran akan dibuka pada 29 November dengan harga pendaftaran awal untuk masa terhad.

Website MILO

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge