KARNIVAL PEMERKASAAN EKONOMI 2024 BAKAL BERLANGSUNG DISEMBER 2024.

Karnival Pemerkasaan Ekonomi 2024 Menghimpun Usahawan, Peluang Dan Inovasi Untuk Ekonomi Yang Hebat.

KARNIVAL PEMERKASAAN EKONOMI 2024

Khalifah World Global Sdn Bhd bakal menganjurkan Karnival Pemerkasaan Ekonomi 2024 yang akan diadakan pada 20hb hingga 22hb Disember 2024 di UTM Hotel & Residensi Kuala Lumpur.

KARNIVAL PEMERKASAAN EKONOMI 2024

OBJEKTIF

Karnival ini berunsurkan memberdayakan usahawan tempatan dan memperkasa Komuniti Ekonomi Digital. Membuka Peluang pendidikan dan latihan serta menggalakkan kerjasama dan jaringan. Selain itu bertujuan untuk memberikan peluang kepada usahawan, para profesional dan masyarakat untuk meningkatkan pengetahuan jua membina jaringan perniagaan.

Selain itu juga menggali peluang-peluang ekonomi yang inovatif. Bakal menjadi antara platform utama dalammemperkenalkan inisiatif-inisiatif baru dalam sektor perniagaan dan ekonomi.

KARNIVAL PEMERKASAAN EKONOMI 2024

PEMBAYARAN TANPA TUNAI

Bukan saja memfokus kepada pembangunan ekonomi tetapi juga menggalakkan peraduan dan kesedaran social dalam kalangan masyarakat. Aktiviti sebegini memberikan peluang kepada semua untuk meyertai dan bakal memberikan impak positif kepada masyarakat. Segala pembayaran pada hari tersebut digalakkan pembayaran tanpa tunai dimana mendapat kerjasama dari REDIPAY Berhad untuk sistem pembayaran.

AKTIVITI MENARIK

Pada hari carnival nanti, pelbagai aktiviti menarik bakal dijalankan antaranya penjualan dari vendor-vendor tempatan dan aktiviti derma darah. Persembahan dari anak-anak OKU dan juga penari Aswara serta kehadiran Ms & Mrs Legend Universal bakal memeriahkan majlis.

KARNIVAL PEMERKASAAN EKONOMI 2024

PERTANDINGAN SUKAN

Esports bakal menawarkan hadiah RM10, 000 untuk para pemenang. Jangan risau ada juga pertandingan snooker dan bowling untuk anda.

ARTIS TERLIBAT?

Semestinya akan ada artis-artis terlibat pada hari tersebut dimana dalam 5-6 booth bakal di buka untuk artis menjual. Setakat ini, Ako Mustapha bakal menjual Keropok Losong Dan Avocado Juice. Nazeera Sardi menjual Sambal Dan juga Bubble Waffle. Noraniza Idris, Tyzo Dan DJ Shah THR Gegar bakal membuka booth jualan juga

Tidak lengkap jika tiada persembahan di karnival ini nanti. Jadi saksikan persembahan menarik dari Radhi OAG, Lan Solo, Ani Mayuni Dan Shidi Data..

KARNIVAL PEMERKASAAN EKONOMI 2024

Dianjurkan oleh Khalifah World Global Sdn Bhd yang ditaja oleh REDIPAY Berhad, ZICO Trust Berhad dan Nur Aero serta BERGANDING Bersama SACC, Jom Havoc Dan T-Hub.

Penyertaan vendor, Pertandingan sukan Dan juga tajaan untuk karnival ini masih dibuka dan boleh hubungi 01110994947 – Layla

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge