MICHAEL LEARNS TO ROCK KEMBALI KE MALAYSIA, AMAZING!

Michael Learns To Rock kembali ke Malaysia untuk konsert “Take Us To Your Heart” Tour, jualan tiket bermula 31 Julai ini.

MICHAEL LEARNS TO ROCK

Kumpulan terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock kembali ke Asia pada November ini atas usaha MMIC Entertainment Group yang membawa trio tersebut ke Filipina, Thailand dan tidak ketinggalan Malaysia juga. 

TAKE US TO YOUR HEART

MMIC Entertainment Group selaku penganjur dan JS Concert Productions sebagai Promoter, Michael Learns To Rock “Take Us To Your Heart” Tour in Malaysia. Bakal menghibur hati peminat mereka di Arena of Stars, Resorts World Genting pada hari Ahad, 10 November, 6 petang.

LAGU DENDANGAN

Malam yang bakal meninggalkan momen indah penonton bersama Jascha Richter sebagai vokalis, Mikkel Lentz (pemain gitar) dan Kåre Wanscher (pemain dram). Sudah pasti akan terbuai dengan lagul-agu malar segar dendangan mereka yang tidak jemu didengar oleh penonton Malaysia.

Antaranya seperti lagu “That’s Why (You Go Away)”, “Paint My Love”, “25 Minutes”, “Sleeping Child”, “Take Me To Your Heart” dan banyak lagi.

Berasal dari Aarhus, Denmark itu merupakan salah satu kumpulan muzik yang paling berjaya mengharum nama negara kelahiran mereka.

KUMPULAN SEJAK 1988

Telah wujud sejak 1988, Michael Learns To Rock adalah di antara kumpulan yang paling lama berkarya dalam bidang hiburan di seluruh pelosok dunia tanpa mencetus sebarang skandal untuk berada di puncak.

Kumpulan yang memenangi pelbagai anugerah itu telah mengeluarkan sembilan album studio yang berjaya dijual berjuta unit.

LEBIH 800 PERTUNJUKAN

Mereka telah menjayakan lebih 800 pertunjukan dan terus bertambah, masih melakukan perjalanan merentasi sempadan untuk mempersembahkan lagu cinta abadi mereka, walaupun berusia 50-an dan 60-an.

Bersandarkan status emas dan platinum yang diperoleh di banyak negara, muzik Michael Learns To Rock masih dimainkan secara meluas di udara.

Melalui platform penstriman dan yang paling penting, pada masa yang sama membawa orang ramai bersatu, merentas masa dan demografi.

MICHAEL LEARNS TO ROCK KEMBALI KE MALAYSIA

RAKAN MEDIA RASMI

Michael Learns To Rock “Take Us To Your Heart” Tour in Malaysia dianjurkan oleh MMIC Entertainment Group, dengan JS Concert Productions sebagai Promoter dan SINAR dan LITE sebagai Rakan Media Rasmi.

HARGA TIKET

Tiket berharga RM968 (Zon MLTR), RM788 (VIP), RM668 (PS1), RM468 (PS2), RM268 (PS3) dan RM188 (PS4), tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4.

Zon MLTR – RM 968

[Faedah Peminat : Light Stick Eksklusif, Tag MLTR dan Gelang Tangan, Foto Peribadi 3:1 untuk 10 pemenang bertuah, Foto Berkumpulan 3:5 untuk 20 pemenang bertuah

VIP – RM 788

[Faedah Peminat : Light Stick, Foto Berkumpulan 3:5 untuk 20 pemenang bertuah

Pra-jualan tiket untuk ahli Genting Rewards bermula 31 Julai, 12 tengah hari,  manakala jualan am bermula 8 Ogos, 12 tengah hari

Website MMIC BIG TIX | Website BookMyShow | Website Genting

MMICEntertainment: Instagram | Facebook JSConcert Production : Facebook

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge