MICHAEL ANG SEBAGAI DUTA SWEET HOME, AMAZING!

MICHAEL ANG SEBAGAI DUTA SWEET HOME, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Siapa saja yang tidak kenal dengan individu yang bernama Michael Ang. Pengarah, pelakon dan juga pandai memasak.

MICHAEL ANG

Buat pertama kalinya, Sweet Home telah melantik penerbit, pengarah dan chef sebagai Duta Sweet Home. Produk ini biasa digunakan dalam keluarga beliau dimana ibunya sendiri sering menggunakan produk Sweet Home.

Bukan setakat dalam masakan manisan, masakan savouri dan juga minuman. Pada hari pelancaran sebagai duta, dikongsikan juga video raya Sweet Home ‘Gula dari Surga’ untuk tetamu yang hadir.

COOKING SHOW WITH MICHAEL ANG

Michael bakal terlibat dalam pembikinan program masakan sebanyak lapan episod. Bakal ditayangkan di salauran Youtube selepas Aidilfitri ini.

Ditaja oleh Sweet Home yang akan mengetengahkan sajian yang enak dan mudah dimasak menggunakan gula batu Sweet Home.

SWEET HOME

Produk Sweet Home seperti gula batu dan gula merah banyak khasiatnya. Selain daripada rasanya enak, produk ini juga dapat mengurangkan kandungan gula yang tinggi dalam hidangan.

Ianya adalah keluaran Sweet Home Candied Products Sdn Bhd dimana kini menjadi pengeluar utama gula batu di Malaysia dan Asia Tenggara.

PERNIAGAAN KELUARGA

Dimulakan dengan cara yang sangat sederhana oleh bapanya, Teh Sey Meng di Jinjang, Kepong, pada tahun 1974.  Awalnya syarikat  dinamakan Teh Sey Ming Candied Melon Factory (TSM).

Sejajar perkembangan perniagaan, pada tahun 2000 syarikat ditukar kepada nama baru iaitu  Sweet Home Candied Products Sdn Bhd (Sweet Home). 

“Pada tahun 2010, kami berpindah ke kawasan perindustrian Rawang yang menempatkan pejabat lebih besar. Dilengkapi peralatan perkilangan yang lebih moden untuk  meningkatkan lagi pengeluaran gula batu.  

“Sejak syarikat ini diasaskan oleh bapa saya, kami sangat mengutamakan kualiti pengeluaran produk. Ia bukan saja menjadi pelengkap kepada minuman dan makanan lain namun dijamin memuaskan hati pengguna. 

“Selama 40 tahun kami bekerja tanpa jemu untuk mengeluarkan gula batu yang bermutu tinggi. Kini adalan pakar dalam bidang pengeluaran gula batu yang berjaya menguasai pasaran di Malaysia dan di seluruh Asia Tenggara,”

-kongsi Pengarah Urusannya, Vincent Teh Chun Hwa

PENGIKTIRAFAN BUAT SWEET HOME

Bukan senang untuk memenuhi piawaian tinggi yang diperlukan oleh Industri Makanan Malaysia dan tiada kompromi dalam soal kualiti.  

Sehubungan itu, dengan segala ketelitian dan kerja keras, Sweet Home berjaya mendapatkan sijil GMP, HACCP, HALAL dan FSSC22000. 

“Kenapa gula batu berbeza daripada gula halus biasa? Ia memberikan rasa dan tekstur yang lebih baik apabila kita menggunakannya berbanding gula halus.

Ia juga melalui proses penghabluran selama 168 jam (tujuh hari). Gula batu bukan saja lebih bagus untuk kesihatan daripada gula biasa. Selain menambahkan lagi keenakan kepada kesemua jenis juadah kerana keunikan rasanya. 

“Berbanding pesaing, gula batu yang dihasilkan oleh Sweet Home mendapat sijil pengilangan gula batu yang disahkan FSSC22000 di Malaysia. Juga merupakan pengeluar gula batu pertama disahkan halal oleh JAKIM,”

-kongsi Amirul Ashraf, Wakil Pemasaran Sweet Home.

ANTARA PRODUK SWEET HOME

Minuman Longan dan Halia serta Rock Sugar, Brown Sugar, Yellow Rock Sugar dan Honeycomb Sugar selain dari Gula Batu dan Gula Perang

KESELAMATAN PRODUK

Sweet Home menggunakan amalan pengurusan yang terbukti dan terbaik pada setiap langkah proses pengeluaran untuk memastikan keselamatan produk. 

“Kami adalah peneraju dalam keselamatan dan kualiti makanan. Pasukan Keselamatan Makanan dan Jaminan Kualiti kami terdiri daripada sekumpulan pakar dari setiap bidang keselamatan makanan. Dilatih secara tetap dalam amalan terbaik. 

“Falsafah keselamatan makanan kami ialah, jika kami tidak yakin dengan produk kami, kami tidak akan menjualnya kepada pengguna. 

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge