KEMPEN RAYA-TOGETHER-GETHER DENGAN Nestlé LA CREMERIA, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semestinya di musim perayaan, berkumpul bersama antara aktiviti wajib.
Kali ini Nestlé LA CREMERIA berkerjasama aktivitis sosial Kuan Chee Heng yang juga dikenali sebagai Uncle Kentang untuk kempen Raya-Together-Gether.
KEMPEN RAYA-TOGETHER-GETHER
Turut sama menyampaikan pain aiskrim di majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols.
Serta pasukan Nestlé Ice Cream Malaysia yang diketuai oleh Pegawai Eksekutif Perniagaan, Teo Heng Keat.
Nestlé LA CREMERIA
Lebih daripada 2,000 keluarga telah menerima Nestlé LA CREMERIA Chocolate Brownie Fudge & Butter Cookies. Antara penerima terdiri daripada keluarga B40 dan agihan telah di buat di kawasan Puchong.
KERJASAMA DENGAN UNCLE KENTANG & EMPIRE PROJECT
“Sambil umat Islam semakin rancak membuat persiapan untuk menyambut ketibaan Syawal, kami juga mahu menyantuni golongan yang memerlukan.
Menyumbang kepada masyarakat demi menyebarkan semangat kemeriahan Raya.
Justeru, kami berbesar hati untuk berkerjasama dengan Uncle Kentang dan Empire Project untuk membawakan detik-detik manis bersama aiskrim Nestlé LA CREMERIA menerusi kempen ini.
Kami amat mengerti senyuman yang terukir di wajah insan ketika menikmati hidangan aiskrim yang lazat.
Berharap sumbangan kecil ini akan menjadikan sambutan dan pertemuan keluarga sempena Hari Raya lebih bermakna lagi bagi golongan memerlukan.”
-kongsi Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé Malaysia Berhad.
KONGSI KERIANGAN & REZEKI SEMPENA HARI RAYA
“Usaha ini merupakan satu inisiatif murni oleh Nestlé Ice Cream untuk berkongsi keriangan dan rezeki sempena sambutan Hari Raya.
Pemberian kecil seperti ini amat bermakna, dan menunjukkan kepada golongan kurang bernasib baik bahawa kita prihatin tentang nasib mereka.
Sambil menyatukan masyarakat dan membawakan saat istimewa menikmati aiskrim yang lazat.
Kami berharap sumbangan ini akan mendorong pihak-pihak lain untuk turut menabur budi pada musim perayaan dan membantu golongan memerlukan bersama-sama menikmati perayaan.”
-kata aktivis sosial Kuan Chee Heng, aka Uncle Kentang.
MEMBAWA KESERONOKAN & KECERIAAN RAYA
Kempen Raya Together-gether Bersama Nestlé LA CREMERIA bertujuan membawa keseronokan dan keceriaan Raya kepada semua orang, seperti yang dirasai oleh semua penerima sumbangan.
Aiskrim lemak berkrim Nestlé LA CREMERIA Chocolate Brownie Fudge & Butter Cookies boleh didapati di semua pasar raya dan pasar raya besar di seluruh negara.
Pilihan terbaharu kepada rangkaian Nestlé LA CREMERIA ini membawakan nikmat kelazatan dan kemewahan penuh perisa untuk semua penggemar coklat.