MENTERI KEWANGAN II & BSN SANTUNI BAZAR RAMADAN TTDI

Yang Berhormat Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II bersama BSN telah berkesempatan untuk mengunjungi Bazar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).

Mengunjungi dan menyantuni peniaga pada 30 Mac 2024 baru- baru ini bersama dengan Menteri Kewangan II.

Kunjungan ini juga dibuat bagi melihat penggunaan peranti BSN DuitNow QR Soundbox yang telah dibekalkan oleh BSN di kesemua 24 lokasi bazar Ramadan.

BSN CARE IKHLAS RAMADAN

Dalam majlis yang sama, BSN menerusi jenama Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR), BSN Care turut mengagihkan 500 unit juadah berbuka puasa. Ianya diberikan kepada komuniti di TTDI melalui program ‘BSN Care Ikhlas Ramadan՚.

Antara penerima juadah berbuka puasa ini adalah Balai Polis TTDI, Balai Bomba dan Penyelamat TTDI, Masjid At-Taqwa TTDI serta pengunjung di Bazar Ramadan TTDI. Inisiatif tahunan ini merupakan antara usaha BSN untuk mendekati komuniti setempat di samping berkongsi rezeki sempena bulan Ramadan.

Aktiviti CSR ini dilaksanakan di bawah salah satu segmen BSN Care iaitu ‘Komuniti’ yang mana BSN menyediakan peluang untuk menjana kehidupan yang mapan dan impak sosial.

Website

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge