THE ROYALE CHULAN FAMILY SUITE-THECURVE THE BEST!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

THE ROYALE CHULAN FAMILY SUITE-THECURVE THE BEST! |Lama rasanya tak bercerita tentang travel. Menginap di hotel bersama kids. Berkesempatan untuk menginap di Family Suite The Royale Chulan – theCurve, Damansara.

The Royale Chulan

THE ROYALE CHULAN FAMILY SUITE

Alhamdulilah dengan sekali call nak buat reservation dapat bilik . The best is KP dapat reservation for Family Suite.Selepas registration di kaunter, KP di beri kunci bilik. Lihat no bilik best tak 717. Mari kita buat ronda-rondaan di dalam bilik Family Suite ini.

The Royale Chulan

FAMILY SUITE

KP share kan dulu toilet. Port wajib kena cantik dan bersih. Sebab ini antara tempat yang bakal lepak lama. Hahahahah. Showernya pintu transparent ok !! Boleh look through .. heheheheh

9
10

Ini pula dari pintu masuk bilik sebelah. Siap ada bath tub.Memang terbaik dan macam biasa ada hair dryer. Ada sesetengah hotel hair dryernya ada di luar dalam laci tetapi di Royale Bintang ianya di dalam toiletOh Bath tub sudah memanggil. Marilah.. marilah ..

11

Set dari Royale Bintang. “R” melambangkan logo mereka .. Semuanya ada dari shower gel, shampoo, conditioner, body lotion, sikat, berus gigi dan sebagainya Sedikit informasi tentang bilik Family Suite, ianya sesuai untuk

12

BILIK FAMILY SUITE

  • 4 dewasa dan 2 kanak -kanak
  •  4 dewasa
  • 2 dewasa dan 2 kanak-kanak
  • 2 bilik suite yang mempunyai ‘connecting door’ ( tertakluk kalau ada)
  • Bath tub yang besar dan complete dengan shower

Masuk sahaja dari pintu masuk 2 buah katil single. Ianya bersebelahan dengan balkoni.

The Royale Chulan

Ini pula salah satu katil lagi di dalam bilik Family Suite. Ianya berhubung dengan connecting room dan bezanya ianya katil King.Hiasan dalaman sungguh nyaman dan sejuk mata memandang.

ROYALE BINTANG

The Royale Chulan

Pada yang menginap di sini bukan kerana bercuti tetapi atas urusan bisness dan tidak sempat menggosok baju, jangan risau. The Royale Bintang ada menyediakan seterika dan papan seterika bersebelahan dengan safety box.

SAFETY BOX

Safety box ini , kegunaanya untuk menyimpan barangan penting dan jangan lupa passwordnya tau bila kunci dan ingin buka kuncinya

The Royale Chulan

Inginkan percutian santai, pelbagai siaran TV ada di berikan di sini juga. Pilih lah ‘channel TV’ atau rancangan yang ingin di tonton dan boleh menyaksikannya di sofa -yang empuk. KP berebut tukar siaran dengan anak-anak. Mak nak tengok HBO anak-anak nak tengok Cartoon Network.

The Royale Chulan

Kedudukan TV bersebelahan dengan pintu masuk bilik.

The Royale Chulan

Antara spot yang perlu ada dan KP cari jika stay di hotel. Tanpa air panas teh mahupun kopi tak dapat nak minum. Lagi kalau stay kat sini lebih dari satu hari sure nak stock up barang makanan cam cokelat, sweets, yogurt ataupun buah-buahan, ada juga di sediakan peti sejuk

The Royale Chulan
2

Pemandangan pada malam pertama stay di sini. Bilik KP menghadap Ikano Power Centre  Pemandangan dari balkoni .. 

The Royale Chulan

Gambar yang di ambil selepas check in – hujan lebat so lepak bilik. Oh ya sebelum terlupa kalau stay kat sini , banyak restoran berdekatan dan juga shopping complex yang berdekatan.

Berdepan bilik KP Ikano Power Centre, sebelahnya IKEA, menghadap IKEA ialah Curve, jalan sikit ke depan dah jumpa Tesco , jalan sikit ke belakang jumpa Cineleisure .

The Royale Chulan

Memang banyak kemudahan di sini. Untuk kanak-kanak, sebelah IKEA ada Kidzania . Cuma ibu-bapa ajerlah kena siapkan duit .Oklah sampai sini sahaja. Lain kali kalau kite ke tempat baru kite update lagi ye. Untuk informasi terkini layari

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge