‘MEMORI RAYA’ LAGU RAYA TERBARU SHIHA ZIKIR, BEST!

Shiha Zikir Lancar Lagu Raya ‘Memori Raya’ – Sentuhan Nostalgia Aidilfitri Bersama Giant Malaysia

MEMORI RAYA

Penyanyi popular Malaysia Shiha Zikir kembali memeriahkan sambutan Aidilfitri tahun ini dengan lagu raya terbaharu berjudul Memori Raya. Lagu tersebut merupakan hasil kolaborasi bersama Giant Malaysia, selepas kejayaan kerjasama mereka menerusi lagu Tum Tum Raya pada tahun lalu.

MEMORI RAYA

Menurut Shiha, lagu Memori Raya membawa elemen nostalgia yang mampu mengimbau kembali kenangan lama ketika menyambut Hari Raya bersama keluarga tersayang. Walaupun melodinya ceria dan rancak, lirik lagu ini sarat dengan emosi yang boleh menyentuh hati pendengar.

MEMORI RAYA

KENANGAN LAMA

“Lagu ini sebenarnya membawa pendengar kembali kepada kenangan lama ketika menyambut Hari Raya. Walaupun melodinya catchy dan ceria, liriknya membuatkan kita teringat kembali memori indah bersama keluarga,” jelas Shiha.

MEMORI RAYA

Lagu ini dihasilkan dengan kerjasama komposer Iqie Hugh dan John Jeeves, yang berjaya menyiapkannya dalam tempoh yang singkat mengikut konsep yang diinginkan oleh Shiha.

ELEMEN TRADISIONAL

Berbeza dengan beberapa lagu raya sebelum ini yang banyak menampilkan elemen tradisional dan joget, Shiha memilih pendekatan lebih segar dan moden untuk lagu kali ini. Walau bagaimanapun, mesej utama lagu tersebut tetap mengekalkan nilai kekeluargaan yang sinonim dengan sambutan Aidilfitri.

MEMORI RAYA

SINOPSIS

Menurut Shiha lagi, ianya berkisar tentang kenangan pulang ke kampung, bertemu ibu bapa dan saudara-mara serta menikmati detik-detik istimewa bersama keluarga ketika musim perayaan.

PEMINAT SHOOT SEKALI

Menariknya, sepanjang penggambaran video muzik lagu tersebut, Shiha turut menjemput beberapa individu yang tidak dikenali melalui media sosial untuk merasai sendiri pengalaman berada di set penggambaran.

MEMORI RAYA

Pengalaman tersebut, menurut Shiha, menjadi satu kenangan baharu yang sangat bermakna dan selari dengan konsep lagu tersebut iaitu mencipta memori raya bersama-sama.

GIANT MALAYSIA

Shiha berharap lagu ini dapat diterima baik oleh peminat serta menjadi antara lagu pilihan sepanjang musim perayaan Aidilfitri tahun ini. Sementara itu, pihak Giant Malaysia menyifatkan kerjasama dengan Shiha Zikir sebagai satu kolaborasi yang sangat bermakna selepas kejayaan yang diraih tahun lalu.

MEMORI RAYA

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *