Izzue Islam & Dehaniff Lancar Lagu Raya Dulu Kini Raya – Nostalgia Klasik Bertemu Sentuhan Moden Yang Bikin Raya Lebih Meriah
DULU KINI RAYA
Kemeriahan sambutan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila dua penyanyi popular tempatan, Izzue Islam dan Dehaniff, tampil dengan lagu raya duet terbaharu berjudul “Dulu Kini Raya”.

GABUNGAN ELEMEN KLASIK RAYA
Lagu ini hadir dengan gabungan elemen klasik raya yang penuh nostalgia, namun disuntik dengan sentuhan muzik moden agar lebih segar dan dekat dengan generasi masa kini.
KATA IZZUE ISLAM
Menurut Izzue Islam, atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, lagu tersebut sangat istimewa kerana ia mengingatkan dirinya kepada kenangan beraya ketika zaman kanak-kanak dan remaja.

KLASIK RAYA & SENTUHAN MODEN
“Lagu ini ada rasa klasik raya yang kita semua rindu. Pada masa sama, ada sentuhan moden supaya generasi sekarang pun boleh menikmati dan merasai kemeriahannya,”
“Bagi saya, lagi banyak lagu raya dikeluarkan, lagi meriah suasana Aidilfitri. Setiap lagu ada peminatnya sendiri dan saya harap Dulu Kini Raya boleh jadi salah satu lagu pilihan orang ramai ketika pulang ke kampung atau berkumpul bersama keluarga,”

Tambahnya lagi, kemunculan banyak lagu raya setiap tahun bukanlah satu persaingan negatif, sebaliknya sesuatu yang sihat untuk industri muzik tempatan.
-jelas Izzue.
KONGSI DEHANIFF
Kolaborasi bersama Dehaniff juga disifatkan sebagai satu gabungan yang serasi kerana kedua-duanya memiliki tenaga dan karakter vokal yang saling melengkapi.

KELAINAN VIDEO MUZIK
Proses pembikinan video muzik Dulu Kini Raya turut menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Menariknya, produksi video muzik tersebut melibatkan penggunaan lembu yang dibawa khas dari Melaka serta kren skylift sebagai props, sekali gus memberikan visual yang unik dan berbeza daripada video muzik lagu raya biasa.
Walaupun menelan kos produksi yang agak tinggi, Izzue dan pasukan produksi mahu memberikan pengalaman visual yang segar kepada penonton.

Sementara itu, Dehaniff menyifatkan lagu ini sebagai karya yang mampu dinikmati oleh semua lapisan umur kerana gabungan genre muziknya yang ceria dan mudah didengar.

“Kami harap lagu ini bukan sahaja popular musim raya ini, tetapi boleh terus dimainkan setiap kali Aidilfitri tiba pada masa akan datang,” katanya.
Dengan elemen nostalgia, irama ceria dan konsep video muzik yang luar biasa, “Dulu Kini Raya” berpotensi menjadi antara lagu raya Malaysia yang mencuri perhatian pada tahun 202
