Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Mangroove Tour a.k.a Menyusuri Paya Bakau bersama Naam Adventure |Semalam KP dah ceritakan tentang pengalaman snorkelling di Pulau Payar. Tidak di sangka ada baby shark disini dan memang betullah kata mereka yang pernah ber snorkelling di situ. Hari ini pula KP nak ceritakan tentang Mangroove Tour a.k.a Menyusuri Paya Bakau bersama Naam Adventure. KP syorkan dan rekomen pada anda semua jika ke Langkawi pilihlah Naam Adventure kerana disinilah bermulanya pengalaman yang menyeronokkan juga pastinya memberikan moment indah sewaktu berada di Langkawi
Sedikit informasi tentang Naam Adventure
Naam Adventure – “the word Naam stands for unlimited energy of the cosmic life force and also the symphonic interplay between that life force and the essence of our individual beings”.
Di Naam , Naam bakal memberikan kepuasan dan pengalaman yang tidak berbelah bagi dan pastinya menyeronokkan dan anda bakal membawa pulang kenangan indah yang mungkin anda tidak pernah kecapi atau impikan. Bukan sahaja keseronokan di atas air juga di beri pengalaman yang berharga mengenai alam sekitar dan pemandangan yang indah di sini. Semuanya bakal bermula di sini dengan Naam Adventure.
Naam terdiri daripada 3 divisen iaitu: Naam Cruise , Naam Sports dan Naam World Travel & Tours. Memandangkan Langkawi dikategorikan sebagai percutian premier dan sebagai salah satu Watersports Company, Naam mempunyai keistimewaannya tersendiri di mana ianya khusus dalam pengembaraan alam semula jadi yang penuh dengan gaya dan kelas tersendiri.
Jom check it out aktiviti yang bakal KP lakukan sewaktu berada di sini. Ini adalah aktiviti yang di rekomenkan pada anda semua

Mangroove Tour a.k.a Menyusuri Paya Bakau
“aaaa.. mesti boringkan sebab tengok paya bakau saja.. bukannya best pun..”
“tak da aktiviti yang lagi mencabar ke setakat nak tengok paya bakau kat TV atau Youtube pun ada..”
Pada mula pun KP berasa seperti di atas. Ingin sahaja menarik diri dari menyusuri paya bakau kerana apalah sangat yang ada. Cuma paya bakau yang agak lama bakal di tunjukkan nanti. Semestinya sepanjang perjalanan ini bakal membosankan..!! Tapi KP buangkan jauh-jauh perasaan itu apabila melihat kenderaan yang bakal di naiki oleh KP dan rakan-rakan lain. Tidak mungkin perjalanan ini tidak menarik apa kata beri peluang.









Kilim Geoforest Park
Anda akan melalui Kilim Geoforest Park apabila anda memilih aktiviti menyusuri paya bakau. Ia adalah salah satu lokasi didalam pakej ini. Geopark merujuk kepada lokasi-lokasi yang diiktiraf oleh UNIESCO. Kenapa di iktiraf kerana ianya mempunyai keunikan geologi sepert gunung, batu-batan, sungai, paya bakau, gua, tasik dan sebagainya Kilim Geoforest Park adalah salah satu lokasi yang telah di ikitiraf oleh UNIESCO di Langkawi



Gua Cerita
Gua Cerita ada kisah dongengnya tersendiri dimana ianya menceritakan tentang puteri negara China telah di culik dan disembunyikan didalam gua ini. Jika anda google atau berpeluang untuk masuk ke dalam, dikatakan anda dapat melihat batu seperti katil dikatakan tempat pembaringan buat si puteri. Semestinya ianya disahkan berusia beribu tahun dan lagenda ini masih lagi dikekal oleh nenek moyang.







Ini KP tinggalkan 1-2 keping gambar pemandangan dan juga bot-bot yang menyusuri lautan sama dengan KP sewaktu itu
Tunggu tau untuk next entri sebab KP bakal kongsikan tentang Gua Kelawar, Perkampungan Monyet (monkey Village) , Restoran Terapung dan Eagle Feeding..
Layari untuk maklumat lanjut tentang Naam Adventure
Facebook Naam Adventure
Website Naam Adventure
Instagram Naam Adventure
#kitepunye #kitepunyedotcom #naamadventure #naamadventurelangkawi #langkawi







