MALAM SILATURAHIM : 12 LAGENDA SENI BAKAL BERSATU!

12 Legenda Seni Bersatu dalam “Malam Silaturahim” di WTC Kuala Lumpur.

MALAM SILATURAHIM

HS Event & Entertainment Sdn. Bhd akan menganjurkan Malam Silaturahim, sebuah acara eksklusif yang bakal menghimpunkan 12 lagenda seni tanah air dalam satu malam penuh nostalgia. Acara istimewa ini bakal diadakan di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC KL) pada 25 Disember 2024 8.00 malam.

OBJEKTIF MALAM SILATURAHIM

Penganjur program, Datin Hjh Rosmariza Dato Hj Che Umar, menekankan bahawa objektif utama acara ini adalah untuk merapatkan hubungan antara penggiat seni sambil menghargai jasa mereka. Acara ini bukan sekadar perayaan, malah menjadi platform untuk membantu seniman yang kurang bernasib baik.

MALAM SILATURAHIM

“Inilah kelainan yang dibuat oleh kami. Selalunya sumbangan daripada beberapa pihak ini diberikan menjelang puasa dan Hari Raya. Jadi kami cuba ubah tradisi itu”

-kata Datin Hjh Rosmariza.

SUMBANGAN BUAT ARTIS

Sebanyak 20 orang penerima sumbangan telah dikenal pasti, termasuk beberapa nama besar dalam industri seni seperti Syah Nizam Ahmad Shamsi (Along Jinbara), Salim Ibrahim (Dr. Sam) dan Muhammad Yunus Abdul Rashid (Ebby Yus).

MALAM SILATURAHIM

KERJASAMA KARYAWAN DAN SENIMAN

Sumbangan khas berupa wang tunai akan disalurkan melalui kerjasama dengan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

MALAM SILATURAHIM

Antara artis terkenal yang bakal tampil pada malam itu termasuk Dwan Olan, Mel Wings, Joey BPR, Ali XPDC, Aris Ariwatan, Poey Sting, Ameng Spring, Asheed DEF GAP C, Bagiio, Amir Ukays, Wan Bossanova dan Noorshila Amin. Acara ini turut akan mengiktiraf individu penting seperti Ali Bakar, Dollah Bacha, dan Saari Amri yang pernah menjadi tulang belakang kejayaan industri seni.

MALAM SILATURAHIM

Sementara itu, pada sidang media yang sama, HS Event & Entertainment turut menyalurkan sumbangan kepada penggiat seni dan bekas pengamal media yang kurang bernasib baik.

HARGA TIKET

Tiket konsert Malam Silaturahim bermula serendah RM150.00 dan boleh didapati mulai 27 November 2024. Dewan Merdeka yang dipilih mampu menampung sehingga 1500 penonton, manakala majlis makan malam akan diadakan di aras bawah sebelum konsert bermula.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, pihak penganjur menyediakan beberapa nombor hubungan: Ain (012-9721125), Wani (018-2404367) atau Syafik (014-9402091).

Acara ini merupakan sebahagian daripada komitmen HS Event & Entertainment untuk terus menyokong industri seni dan memberikan impak positif kepada komuniti seni tanah air.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge