ALYPH raikan peminat di Majlis Berbuka Puasa Bersama Hot FM
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA HOT FM
Kali ini yang istimewa dimana ALYPH meraikan peminat setianya dalam sebuah majlis berbuka puasa bersama Hot FM berlangsung di Banyan Cafe dan Bistro pada 20 Mac 2025.
Acara istimewa ini dihadiri oleh 35 peminat bertuah yang berpeluang menikmati detik penuh bermakna bersama artis kegemaran mereka.
NIKMATI BERBUKA DENGAN ALYPH
Siapa saja yang tak seronok kan? Sepanjang majlis, suasana mesra penuh keakraban jelas terasa apabila para peminat berpeluang menikmati hidangan berbuka puasa sambil berinteraksi dengan ALYPH.
Majlis berbuka puasa ini Bukan sekadar pertemuan biasa, tetapi pengalaman bermakna yang mengeratkan saya dan peminat.
“Saya sangat gembira dapat berkongsi detik istimewa ini dengan mereka yang senantiasa Menyokong PERJALANAN muzik saya. Ini adalah tanda penghargaan saya kepada mereka,”
-kongsi ALYPH.
KERJASAMA
Banyan Cafe Dan Bistro turut memainkan peranan penting dalam menjayakan acara ini dengan menyediakan hidangan berbuka puasa dalam suasana yang selesa.
Kerjasama antara ALYPH dan Hot FM dalam menjayakan majlis ini membuktikan penghargaan mereka terhadap sokongan yang tidal berbelah bagi kepada peminat.
CABUTAN BERTUAH
Majlis ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk cabutan bertuah. Untuk Kali ini Salah seorang peminat membawa pulang sepasang kasut Nike Air Force ‘The Storm AF1’. Kasut ini direka khas untuk ALYPH tajaan daripada Hot FM
ALYPH menzahirkan rasa syukur dan kegembiraannya atas peluang untuk bertemu dan berhubung secara Lebih dekat dengan peminat.