Masdo Dan PUBG Mobile bersatu! Muzik retro bertemu dalam dunia gaming best ke?
MASDO
Kugiran retro-pop terkenal di Malaysia – MASDO, kini melangkah ke dunia permainan dengan kerjasama unik bersama PUBG Mobile. PUBG Mobile permainan mudah alih global yang mendapat sambutan luar biasa.
KOLABORASI
Untuk kali ini menggabungkan irama khas MASDO dengan pengalaman permainan yang mengasyikkan melalui PUBG MOBILE version 3.7. Ini bersempena dengan ulang tahun ke-7 permainan tersebut dan pelancaran peta terbarunya – Rondo
KERJASAMA
Dilancarkan secara rasmi oleh Dinesh Ratnam – Pengarah Urusan Warner Music Malaysia Dan Singapura. Tidak lupa juga Adli Hisham – Pengurus Produk [Malaysia] untuk PUBG MOBILE bersama ahli kumpulan MASDO.
“Kami sangat gembira untuk bekerjasama dengan MASDO Dan Warner Music Malaysia dalam menghadirkan pengalaman unik yang menggabungkan nostalgia Muzik retro dengan keseronokan medan petempuran PUBG Mobile,”
– kongsi Adli Hisham
LAGU BERTEMU KEMBALI
Sebagai simbol PERMULAAN kerjasama ini, MASDO telah melancarkan lagu khas bertajuk ‘Bertemu Kembali’ pada 14 Mac 2025. Ini bersempena dengan pembukaan Liga Super PUBG MOBILE [PMSL] SEA Spring 2025 Grand Final di IOI Grand Exhibition Centre.
Acara ini berjaya menarik hampir 2,000 pengunjung pada hari terakhirnya. Di Mana pasukan Malaysia mencapai tempat ke-3 Dan ke-5 dalam pertandingan yang sengit.
Sudah mendapat Lebih 1 juta tontonan di pelbagai platform sosial media Dan kini tersedia di platform penstriman Muzik utama seperti Apple Music Dan Spotify melalui saluran rasmi MASDO. Video Muzik rasmi untuk lagu ini turut dilancarkan pada 24 Mac 2025.
credit photo: mdaily.co