MAIN BOARD GAME MATH ACE MASA MCO MEMANG BEST!! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pastinya sewaktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang asyik di sambung dan disambung sedikit sebanyak membuatkan anak-anak bosan. Ada juga yang berkongsi anak stress kerana tidak dapat bermain di luar. Pagi PDPR petang pun di rumah juga.
Sama juga dengan anak-anak KP di rumah. Masing-masing tidak tahu lagi apa yang ingin dibuat. Takkanlah asyik menonton TV atau bermain ‘game’ di telefon kan? Jadi KP buat kejutan untuk menceriakan hari mereka. Nak tahu apa jom sambung baca.
BOARD GAME MATH ACE
Inilah sebenarnya kejutan untuk anak-anak. Siap pesan melalui online ye. Aktiviti yang pastinya manfaat dan seronok! Ianya sesuai untuk dimain sekurang-kurangnya 2 orang. Tidak kira sama ada di sekolah rendah mahupun menengah. Seawal usia 8 tahun pun boleh. Permainan board game ini menguji tentang matematik.
OBJEKTIF BOARD GAME MATH ACE
Membantu untuk memahami tentang subjek matematik. Soalan yang ada lebih kurang 200 soalan. Dari tahap paling senang hingga susah. Soalan yang ada menggunakan operasi seperi tambah, tolak, darab, bahagi, perpuluhan, geomteri, dan pelbagai lagi.
SET BOARD GAME MATH ACE
Selain board game bersama arahan manual cara bermain ada juga dadu, penanda, kertas markah [score sheet] juga kad soalan matematik
CARA BERMAIN
Senang saja. Dimulakan di tempat ‘bermula’ & balingkan dadu. Ikut perkiraan berapa yang dapat. Setiap kotak warna mempunyai soalan yang berbeza
Setiap kali jawapan betul untuk soalan itu diberikan markah. Dikumpul markah itu untuk menentukan siapa pemenangnya. Takkan nak kalah dengan adik atau abang mahupun kakak kan. Pastinya masing-masing berebut untuk memastikan jawapan betul.
Tahu tak yang Board Game Math Ace ni bukan untuk anak-anak saja tetapi untuk dewasa dan ibu bapa pun boleh. Pasti jika dimainkan oleh dewasa, saingan berebut untuk menjadi pemenang sangat sengit. Mana taknya masing- masing tak nak kalah.
BAGUS KE BOARD GAME NIE?
Sejujurnya masa mula-mula beri pada anak-anak nampak ada sedikit kesedihan dan gusar. Mungkin sebab tidak berapa menggemari subjek matematik. Ataupun bosan sebab PDPR pun ada matematik nie nak main game pun subjek yang sama.
Tetapi apabila di buka, di cuba untuk bermain [ye mak pun terbabit sekali ] terus berubah ye. Dari ingin mencuba terus bersambung main hingga dapat pemenang. Of course mak mengalah jadi yang menang anak-anak.
Komunikasi antara kakak dengan adik yang bersungguh untuk menjawab soalan yang dapat. Berkerjasama untuk memastikan mendapat markah tinggi dari maknya. Tergelak bila mak sendiri menjawab dengan salah. Mana taknya gabra nak jawab sebab ada masa ye. Kalau tak seharian pun tak habis main.
P/S: Semua soalan matematik dalam Bahasa Inggeris. Jadi lebih mencabar ye sambil main. Antara soalan
TIMETABLE CARD
Kad ini sebenarnya fungsi sifir. Baca sifir guna kad nie. Kad kecil saiz tapak tangan. Senang dan mudah nak di bawa kemana-mana saja. sangat praktikal untuk dibawa ke mana sahaja.
Nie lah wajah anak teruna bila kena hafal sifir. Memang tak suka lansung di pasal sifir. Tapi alhamdulilah selepas selalu guna timetable card nie, hafalan sifir ada perkembangan.
PROMO CODE
Benda yang baik kenapa nak sorok sendiri. Kenalah berkongsi dengan kengkawan yang lain bukan! Pembelian boleh dibuat melalui online dan jangan lupa masukkan kod promo. Kod Promo: KITEPUNYE
10 % Diskaun termasuk dengan Kos Penghantaran PERCUMA. Promo ini sehingga 31 Ogos 2021. KP tengah tunggu Board Game Bahasa Malaysia & English .
Website | Facebook | Instagram|
T&C for Voucher :
Discount not applicable for timetable card