KOLEKSI WAFER EMAS HABIB SI RAMA-RAMA MEMANG SUPERB!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Saban tahun, rakyat Malaysia pasti berasa teruja dan bersemangat menanti kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos . Tahun ini menandakan tahun yang ke-64 kemerdekaan buat Malaysia.
KOLEKSI WAFER EMAS HABIB
Istimewa pada tahun ini, HABIB menjadikan kisah hidup si rama-rama sebagai sebuah metafora dan inspirasi untuk kempen kemerdekaannya, Keindahan Merdeka. Rekaan koleksi ini diilhamkan daripada lima spesis rama-rama indah yang boleh dijumpai di kawasan Semenanjung Malaysia dan Borneo. Antaranya Rajah Brooke Birdwing, Malay Lacewing, Emerald Swallowtail, Long-Tailed Blue dan Paper Kite Butterfly.
RAMA-RAMA
Rama-rama mencerminkan sebuah harapan untuk Malaysia mencapai sesuatu yang lebih baik di samping cabaran yang sedang ditempuhi sekarang iaitu pandemik Covid-19.
HABIB menjadikan spesis rama-rama sebagai metafora agar rakyat Malaysia terus bersatu dan berjuang bersama. Untuk memutuskan rantaian wabak ini, serta harapan ke arah masa depan yang lebih cerah.
Spesis rama-rama terpilih ini mempunyai bentuk dan warna yang menyerlah dan mempersonakan. Sesuai dijadikan hadiah, pelaburan atau untuk koleksi simpanan. Koleksi Wafer Emas 999 ini didatangkan dengan rekaan serba eksklusif yang mengetengahkan kecantikan dan keunikan setiap satu spesies rama-rama tersebut.
Juga seiring dengan kempen Merdeka ini, HABIB memperkenalkan koleksi-koleksi baharu yang diinspirasikan daripada rama-rama, dan boleh didapati dalam tiga warna iaitu emas kuning, emas putih, dan emas rose, dan disediakan dalam jenis-jenis emas 22K, 18K dan 9K.
KISAH MENARIK SI RAMA-RAMA
Hidup seekor rama-rama bermula dengan sebiji telur yang sangat kecil dan kemudian menetas menjadi ulat beluncas yang kelihatan seperti cacing yang berduri halus. Ulat beluncas ini perlu mencari makanan yang cukup untuk membesar dan meneruskan kitaran hidup. Pada ketika ini, manusia menganggapnya sebagai seekor makhluk perosak yang hodoh dan menggelikan hanya kerana rupa bentuknya.
Kulit pada badannya akan dilucut sekurang-kurangnya sebanyak empat kali untuk dijadikan selaput yang akan membalutnya sebelum ia melalui kitaran seterusnya yang sangat mencabar iaitu menjadi kepompong. Ketika di dalam kepompong, ulat beluncas hanya mengharapkan makanan yang telah disimpan sebelumnya.
Agar cukup sehingga ke kitaran selanjutnya kerana ia tidak mampu untuk bergerak keluar sehingga proses perubahan fizikal dan dalaman selesai. Bahkan, tidak ada apa-apa jaminan keselamatan untuk ulat beluncas selain rasa percaya pada diri sendiri.
Fasa meninggalkan kepompong adalah fasa yang ditunggu-tunggu kerana akhirnya si beluncas merdeka. Bertukar menjadi seekor rama-rama yang cantik serta mampu terbang tinggi untuk melihat dunia yang lebih luas. Malah, dirinya yang ditakuti sebelum ini telah bertukar menjadi serangga yang disukai dan digemari manusia.tbbbbb]\=
Sebagai jenama barangan kemas tempatan terkenal, HABIB menyeru rakyat Malaysia untuk mengimbau kembali sejarah kemerdekaan. Selain itu membangkitkan semangat patriotik dan menghargai nilai kemerdekaan yang telah dicapai sekian lama. Untuk maklumat lanjut, sila layari