MAHA BUFFET ANTARA PORT BUFFET RAMADAN BEST!

MAHA BUFFET ANTARA PORT BUFFET RAMADAN BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dah masuk seminggu berpuasa, lokasi buffet ramadan mana yang dah cuba?

Pasti ada yang best dan juga ada yag tak bestkan? Ini kite kongsikan lokasi terbaru untuk menikmati buffet ramadan bersama mereka yang tersayang.

MAHA BUFFET

Ianya adalah kerjasama restoran Mak Kimbong dan Experiment Kitchen. Kalau anda biasa menikmati hidangan diantara dua restoran ini pasti anda setuju untuk datang kesini.

Bermula pada 25 Mac lalu dan bakal berakhir pada 20 April 2023 di Dewan C, MAEPS Serdang bermula pukul 6.30 petang hingga 9.30 malam. Dikatakan buffet Iftar terbesar di Malaysia

HIDANGAN LEBIH 200

Dengan lebih 200 jenis juadah bakal dihidangkan setiap hari . Terdiri daripada masakan tradisional, western dan juga pencuci mulut. Ada juga lebih kurang 20 Live Cooking station untuk anda mencuba.

ANTARA HIDANGAN YANG ADA

LIVE STATION

Tengok dari menu yang ada pun dah boleh agak apa yang ada. Menu yang jarang jumpa pun adalah

PENCUCI MULUT

Banyak lagi yang ada sebenarnya. Ini pun dah berulang banyak kali hahaha. Menarik, sedap dan lazat pencuci mulut yang ada di Maha Buffet 2023.

KIDS ZONE

Untuk anda yang berbuka bersama anak-anak tidak perlu risau. Di sini ada disediakan ruang khas Kids Station bersama Kids Food Station.

Pelbagai aktiviti di kawasan permainan yang pasti mereka akan leka. Dari gelungsor hingga ke kereta elektrik.

Kalau tentang makanan pula, tidak perlu risau juga dimana hidangan untuk kanak-kanak ada juga di sini. Dari nugget, sosej, bijiran, vitagen, yogurt mahupun dadih.

FAMILY FRIENDLY BUFFET

Dengan tagline “Family Friendly Buffet”, di sini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan oleh seisi keluarga sebelum dan selepas waktu berbuka.

Antaranya seperti Arcade Game, Bouncing Castle, PS4 Game Station, Origami dan pelbagai lagi aktiviti menarik.

PERSEMBAHAN LIVE

Setiap hari, waktu berbuka akan diserikan dengan persembahan secara langsung dari LIVE Band, persembahan nasyid.

Ada juga perkongsian dari penceramah serta ustaz terkenal tanah air seperti Ustaz Shamsul Debat, Ustazah Siti Nor Bahyah dan ramai lagi sepanjang bulan Ramadhan.

SELESA UNTUK SEMUA

Ruang makan yang luas dan berhawa dingin sepenuhnya pasti memberi keselesaan kepada pengunjung yang berbuka puasa di sini.

Menyediakan kemudahan surau yang juga luas, ruang parking yang luas dan percuma, dan juga menyediakan Al-Quran bagi yang ingin menggunakannya.

Jangan risau, setiap makanan yang dihidangkan memang sedap dan enak, memang sesuai dengan cita rasa anda.

HARGA MAHA BUFFET 2023

Harga berbuka puasa adalah RM89.90 dewasa dan RM49.90 untuk OKU/ Warga Emas dan juga kanak-kanak [4 tahun ke atas]. Kanak-kanak bawah umur 4 tahun ianya PERCUMA.

Facebook|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge