MAGIS BIHZHU BUKAN CALANG-CALANG, BEST TAU!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mungkin bagi anda di luar sana tidak pernah mendengar nama beliau. Siapakah insan ini?
BIHZHU
Biarpun asing dari pendengaran bukan bermakna tidak pernah wujud dalam belantika muzik tempatan.
Bihzhu, sebutannya berbunyi Bee choo, wanita yang telah menawan peminatnya dari negara luar seperti di negara India dan Korea Selatan.
Biarpun asing di pendengaran kelompok komersial, sedikitpun tidak membuat empunya nama ini melepaskan peluang membuat persembahan di luar negara.
Apatah lontaran suaranya yang cukup bertenaga menyerlah bakat besarnya.
SUDAH 17 TAHUN BERKECIMPUNG
Beliau bukanlah baru dalam dunia muzik. Ironi, sudah 17 tahun membawa muziknya berkelana dari satu telinga ke telinga lainnya di seluruh pelusuk dunia.
Terkini telah melahirkan karya terbarunya iaitu Jiwa Perkasa.
JIWA PERKASA
Jiwa Perkasa adalah karya yang dilahirkan setahun sebelum banjir melanda negara. Lantas bencana tersebut menjadikan dia teringat tentang semangat yang wujud.
Semangat dalam Jiwa Perkasa mengenai perpaduan, keharmonian dan pertalian erat sesama rakyat Malaysia.
Sewaktu bencana banjir tahun lalu saya menjadi sukarelawan dan bergabung. Bertemu dengan banyak orang tidak mengira bangsa juga usia.
Ini menunjukkan betapa harmoninya ikatan sesama kita, rakyat Malaysia biarpun tidak saling mengenali satu sama lain.
Saya ingat lagi, seseorang mengenali saya sewaktu saya membantu membungkus barang di PJ Gudwara dan meminta saya menyanyi.
NYANYI SEWAKTU MENJADI SUKARELAWAN
Saya menyanyikan sedikit lagu I Am Enough dan tiba-tiba semua ikut berdendang sama. Ia seperti magis.
Sekali gus membuat saya sedar muzik juga memainkan peranan dalam mental, emosi dan komuniti kita dan lahirlah Jiwa Perkasa.
-kata Bihzhu
SIFAT HARMONI & SEMANGAT ADIWIRA
Penghasilan Jiwa Perkasa yang mengangkat sifat harmoni dan semangat adiwira rakyat Malaysia ini juga disemat dengan mimpi besar yang sama.
Seperti mana banyak karyanya telah menerawang didendangkan jauh sehingga ke Indonesia, Korea Selatan, Australia, India dan China menerusi pelbagai festival muzik yang disertai.
KARYA NILAI SENTIMENTAL
Ternyata Jiwa Perkasa bukan satu satunya karya yang mempunyai nilai sentimental tersendiri. Bihzhu juga terkenal dengan single Bright Veins yang dihasilkan pada tahun 2015 yang punya keunikan instrumen gamelan di dalamnya.
Malah Bihzhu juga mempunyai segudang hit lainnya seperti Chendering, Alive yang dihasilkan pada 2021 kerana pandemik COVID 19, Aramaiti dan Tainted Temples.
IKTIRAF DALAM ANUGERAH LAGU INDIE [MALAYSIA]
Menerusi karya karya yang dihasilkan juga, Bihzhu menerima pelbagai pengiktirafan termasuk dalam Anugerah Lagu Indie (Malaysia).
Ini untuk kategori akhir menerusi I Am Enough pada 2020 selain sering menjadi pilihan penganjur untuk menjalankan kempen-kempen mereka.
I Am Enough juga memenangi ‘song of the week’ pada peringkat separuh akhir pertama. Lagu Alive turut berjaya memasuki peringkat akhir ALI 2021.
CHANDERING JUGA DAPAT NOMINASI
Chendering yang dihasilkan sekitar 2021/2022 pula menerima nominasi dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk kategori Susunan Muzik Terbaik. Selain sering menjad ipilihan penganjur untuk menjalankan kempen kempen mereka.
Moga terus sukses. Percayalah penyanyi wanita yang bukan sekadar menyanyi tetapi sedang bercerita realiti dunia melalui karyanya.