LOVECHESTRA MAHALINI LIVE IN KL APA YANG BEST?

Lovechestra Mahalini Live in KL! Yeay, siapa saja yang tidak suka dengan penyanyi jelita ini?

LOVECHESTRA MAHALINI LIVE IN KL

Penyanyi yang berasal dari Bali, Indonesia popular dengan lagu ‘Sial’, Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja, atau lebih mesra dengan panggilan Mahalini.

Ada di Malaysia bagi mempromosikan konsert ‘LOVECHESTRA MAHALINI LIVE IN KL’. Bakal diadakan pada tanggal 3 Februari 2024, bermula jam 8:00 malam di Megastar Arena, KL @ Sg. Wang Plaza.

ARTIS JEMPUTAN

“Konsert ini nanti dijangkakan akan berlangsung selama lebih kurang 2 jam dengan hampir 15 sehingga 17 buah lagu.

LOVECHESTRA MAHALINI LIVE IN KL APA YANG BEST?

Bakal dipersembahkan bersama-sama band saya sendiri yang dipanggil ‘Lini’ dengan pengarah muzik khas dari Indonesia iaitu Ronald Steven, Adrian Kitut, Raymond Aditya dan juga Dennis Nusi.

Turut mengundang bintang khas, Rizky Febian, dibawakan istimewa oleh jenama kosmetik tersohor negara, Alha Alfa bersama syarikat penganjur konsert, Kharisma Music. 

KENAPA MALAYSIA JADI PILIHAN LAGI?

,“Sebenarnya idea disebalik konsert ini muncul ketika konsert FABULA 1.0 dan 2.0 tahun lalu.

Saya ingin memberikan sajian pertunjukan dan pengalaman yang berbeza dari sebelumnya dengan konsep muzik, busana, penari latar, kesan visual dan set pentas yang lebih menarik. 

LOVECHESTRA MAHALINI LIVE IN KL APA YANG BEST?

“Dan sudah pastinya merindukan peminat-peminat di Malaysia yang mahu saya kembali lagi.

-kata Mahalini.

PEMILIHAN MAHALINI

“Dibuat berdasarkan pencapaiannya dalam meraih pelbagai anugerah serta pengiktirafan di industri muzik Indonesia beserta jumlah penstriman yang tertinggi di Spotify (Indonesia).

Dengan karya-karya nyanyiannya yang sering menjadi viral di medsos.

LOVECHESTRA MAHALINI LIVE IN KL APA YANG BEST?

Juga sifat prihatin Kharisma Music dalam mengambil berat permintaan penggemar muzik di Malaysia yang mendambakan hiburan ‘live’ dalam bentuk fizikal. 

-kongsi En. Ahmad Jeffny, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music.

MAKSUD LOVECHESTRA

“Bertemakan Lovechestra’ (love + orchestra), ia menggabungkan gubahan dan susunan muzik orkestra. Berkisarkan kisah cinta, kisah suka dan duka sepanjang karier seni serta peribadi Mahalini yang mudah didekati.

Senantiasa membuat orang sekelilingnya senang, dan istimewanya konsert ini akan dijayakan bersama 20 pemuzik tempatan yang terpilih. 

LOVECHESTRA MAHALINI LIVE IN KL APA YANG BEST?

Oleh itu, rugi barang siapa yang tidak menontonnya. Setakat ini, Mahalini masih lagi mempersiapkan diri dari segi susunan muzik yang baharu, latihan di studio dan lain-lain persiapan menjelang tarikh konsert. 

Selain penganjur bersama, Alha Alfa dan Kharisma Music, konsert ini turut mendapat sokongan dari rakan radio rasmi, ERA, rakan deko Kayangan Gallery, rakan penerbangan Batik Air, dan rakan bersama, HAPM. 

MENANG KERETA UNTUK CABUTAN BERTUAH

“Jadi jangan lupa temujanji kita dan ‘yuk’ berhibur di konsert Lovechestra Mahalini nanti!

LOVECHESTRA MAHALINI LIVE IN KL APA YANG BEST?

Sebagai makluman, pembeli tiket konsert LOVECHESTRA MAHALINI LIVE IN KUALA LUMPUR berpeluang memenangi cabutan bertuah.

Hadiah utamanya berupa sebuah kereta, serta hadiah-hadiah lain yang tidak kurang menariknya, jadi dapatkan tiket-tiket anda dengan kadar segera! 

HARGA TIKET

Tiket-tiket konsert terbahagi dalam beberapa kategori: Standing (RM279), Gold Seated (RM299), VIP Standing (RM399), VIP Seated (RM429) dan VVIP Seated (RM799).

Website Ticket2u|

credit photo: Maestromedia

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge