Konsert Lima Dekad Sweet Charity antara yang konsert yang terbaik untuk pembukaan tahun 2024.
LIMA DEKAD SWEET CHARITY
Kali ini diadakan di Zepp Kuala Lumpur dimana dihadiri lebih dari 2000 peminat menyaksikan persembahan dari kumpulan lagenda Sweet Charity.
Barisan utama Sweet Charity terdiri daripada vokalis utama Datuk Ramli Sarip, Rosli Mohalim [gitar], Ahmad Jaafar [keyboard/vokalis kedua] dan juga Rahman Sarbani [dram].
TERIMA KASIH
“Saya ucapkan terima kasih kepada peminat kerna masih setia menyokong kami. Bila ada yang sebut Sweet Charity, pasti ada yang ingat pada PAPA ROCK dan juga ahli yang lain.
PEMBUKA TIRAI
Konsert pada malam itu turut diperkukuhkan lagi dengan pemusik hebat seperti Roza Rasul (keyboard), Din (bass), Riduan Zalani (perkusi) dan Addy Craddle (gitar).
Ini menjadikan keseluruhan persembahan lengkap dengan tenaga yang penuh energetik disusuli dengan lagu pembuka tirai Hilang Gelap Terbitlah Terang.
Walaupun berhibur tetapi masih tidak melupai akan situasi yang terjadi dimana penghormatan buat Palestin yang masih lagi dalam peperangan.
LIMA DEKAD
Sememangnya sebuah kumpulan legenda yang masih lagi unggul setelah lima dekad di dalam industri muzik tanah air.
Sweet Charity tetap memberikan persembahan yang menakjubkan sehingga membuat peminat turut bersama menyanyi.
KEMBALIKAN NOSTALGIA
Konsert Sweet Charity “Semalam Di Malaya” memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan sekaligus mengembalikan nostalgia.
Semestinya daripada lagu lagu mereka yang masih lagi menjadi siulan sehinga ke hari ini.
Sweet Charity membawa penonton ke dimensi masa lampau dengan mengalunkan sebanyak 22 buah lagu-lagu nostalgianya. Antaranya Sejuta Wajah, Kamelia, Teratai serta Datang Dan Pergi.
TIDAK PERNAH PUDAR
Walaupun lagu-lagu ini pernah dimainkan di konsert-konsert mereka sebelum ini, ia telah membuktikan lagu-lagu Sweet Charity tidak akan pernah pudar ditelan zaman.
Begitu juga dengan lagu hit mereka yang masih lagi menjadi siulan peminat. Seperti Terharu, Zakiah, Jangan Tunggu Lama-lama, Lahirmu Bukan Untuk Dunia, Batu dan Ribut 10:59 Pagi
BERKONGSI KENANGAN
Lagu yang menjadi tema konsert Sweet Charity berjudul Semalam Di Malaya di dendangkan dengan penuh rasa.
Sempat lagi Papa Rock berkongsi cerita kenangannya yang penuh suka dan duka dalam mengharungi perjalanan sebagai anak seni.
Juga sempat menitipkan pesanan untuk generasi muda supaya tidak melupakan lagu-lagu Melayu apabila berada di zaman tanpa sepadan ini seusai beliau menyanyikan lagu Apa Khabar Sayang.
“Anak-anak muda yang hadir ramai, walaupun meminati K-Pop dan J Pop, jangan lupa lagu irama Melayu kerana itu akar asal usul kita,” pesannya.
PENUH BERTENAGA
Meskipun usia Paparock Ramli Sarip yang menjangkau 72 tahun. Namun beliau tidak banyak berbicara dan fokusnya lebih ke arah menghiburkan peminat Sweet Charity.
Pada usia yang sebegini namun stamina Paparock Ramli Sarip cukup mengagumkan apabila masih mampu menyanyikan 22 lagu tanpa sedikit pun ‘terkucil’.
KEHEBATAN PENYANYI LAGENDA
Inilah kehebatan penyanyi lagenda yang seakan tiada noktah demi menghiburkan peminat-peminat Ramli Sarip dan juga Sweet Charity.
Konsert lima dekad Sweet Charity yang dianjurkan oleh Malaysia Shipowner’s Association itu diakhiri dengan persembahan lagu Teratai.
Dirasakan bagai tidak puas. Sementelah persembahan tersebut hanya berlangsung sekitar lebih dua jam.
Tanpa sedar, masa ibarat berlari pantas apabila persembahan yang bermula pada pukul 8.30 malam. Dirasakan singkat apabila tanpa sedar, jarum jam mula menginjak ke 11 malam.
Credit photo : Maestromediamy