LIFEBUOY BANTU 40 KELUARGA PENERIMA BANTUAN HOPE WORLDWIDE MALAYSIA| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Walaupun sekarang di fasa endemik tetapi kesihatan dan kebersihan masih perlu di jaga dengan rapi.
LIFEBUOY
Turut menyumbang produk penjagaan diri demi mencipta masa depan yang lebih sihat sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Lifebuoy, Watsons, dan HOPE worldwide Malaysia.
“Negara kita perlu lebih menitikberatkan dan mengamalkan kebersihan diri yang baik dalam era endemik semasa, begitu juga bagi keluarga-keluarga B40.
Kami terhutang budi kepada Lifebuoy Malaysia kerana sudi bekerjasama untuk mendidik dan memperkasakan kumpulan masyarakat B40 yang menerima bantuan ini,.
Untuk bersama keluarga-keluarga terbabit memastikan mereka meneruskan amalan kebersihan diri yang baik, seterusnya melindungi diri sendiri dan anak-anak daripada penyakit berjangkit.”
-kata Katy Lee, Pengarah Eksekutif HOPE worldwide Malaysia.
INSIATIF TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT
Majlis berbuka puasa ini adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).
“Membawa HARAPAN Mengubah KEHIDUPAN” Lifebuoy Malaysia untuk menceriakan Iftar mereka dan meringankan cabaran yang dihadapi setiap hari.
Ini supaya mereka juga turut sama merasai kemeriahan menyambut Ramadan dan Hari Raya.
Setiap keluarga juga menerima pek barangan penjagaan diri yang mengandungi mandian badan dan sabun cuci tangan Lifebuoy, syampu dan produk penjagaan kesihatan tajaan Watsons Malaysia.
TABIAT AMALAN MENCUCI TANGAN DENGAN SABUN
Selama hampir sedekad, Unilever menerusi Lifebuoy, telah berusaha menjadikan amalan mencuci tangan dengan sabun satu tabiat bagi seluruh rakyat Malaysia.
Memastikan setiap ahli keluarga bersedia menentang jangkitan kuman.
Usaha teras menjaga kebersihan bertumpu pada penganjuran program pendidikan tentang kebersihan dalam kalangan masyarakat dan di peringkat sekolah. Mengajar golongan dewasa dan kanak-kanak tentang kepentingan amalan mencuci tangan yang baik.
Jenama sabun ini telah menyumbang produk penjagaan kebersihan secara berterusan demi manfaat masyarakat yang memerlukan.
PRINSIP LINDUNGI NYAWA DAN KEHIDUPAN
“Unilever sentiasa berpegang pada prinsip melindungi nyawa dan kehidupan. Sebab itulah kami berusaha mewujudkan sebuah masyarakat yang bebas kuman.
Namun masih terdapat jurang khususnya dalam kalangan golongan yang memerlukan untuk mendapatkan kemudahan asas mencuci tangan dan juga dari segi pendidikan.
Justeru, kami mahu melakukan apa yang kami mampu demi manfaat masyarakat untuk Membawa HARAPAN dan Mengubah KEHIDUPAN.
Menekankan kepentingan amalan mencuci tangan yang betul,”
-kata Lenny Chuah, Ketua Unit Perniagaan Penjagaan Diri, Malaysia, Singapura dan Thailand, Ketua, Unilever Malaysia.
BUKAN PROSES MUDAH
Namun begitu, membentuk tabiat yang baharu bukan satu proses yang mudah. Amalan mencuci tangan sering diabaikan kerana kesannya dianggap kurang memudaratkan kesihatan.
Terlupa atau kesukaran pergi ke tempat mencuci tangan. Malah, walaupun jika mereka ada kemudahan mencuci tangan, seorang daripada dua rakyat Malaysia tidak mencuci tangan dengan betul.
Hasil kajian pada 2020 juga mendedahkan bahawa lebih separuh daripada kanak-kanak kecil tidak selalu mencuci tangan apabila mereka perlu.
Selepas bermain di luar, menyentuh haiwan dan batuk atau bersinii.
PENAMPILAN DR MALAR SANTHI
Menyedari hakikat ini, Dr Malar Santhi telah dijemput ke acara ini untuk menekankan betapa pentingnya menjaga kebersihan tangan sambil menunjukkan cara mencuci tangan dengan betul.
Beliau menegaskan bahawa kita perlu melindungi anak-anak muda yang lebih terdedah kepada penyakit berjangkit menerusi amalan kebersihan yang baik kerana sistem imun mereka masih sedang berkembang.
Amalan semudah mencuci tangan dengan sabun sering kali merupakan langkah pencegahan pertama, dan cara yang berkesan untuk menghentikan penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit berjangkit.
BILA ANAK SAKIT
Bagi semua ibu bapa, anak yang sakit bermakna mereka perlu menanggung perbelanjaan tambahan bagi rawatan dan mengambil cuti kerja.
Tetapi kesannya terhadap kudrat dan pendapatan lebih besar lagi dalam kalangan golongan miskin bandar. Lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai jadual kerja yang tidak tetap dan menerima upah mengikut jam, tanpa cuti berbayar atau perlindungan kerjaya.
Malah, kanak-kanak yang sering jatuh sakit lebih kerap mengambil cuti sakit. Menyebabkan mereka tertinggal lebih jauh dalam pembelajaran di sekolah dan menghalang mereka daripada mencapai potensi penuh masing-masing.
PROGRAM JANGKAUAN
Sejak bermulanya program jangkauan Lifebuoy pada tahun 2015 di seluruh Malaysia, ia telah memanfaatkan 536,113 kanak-kanak berumur 4 hingga 9 tahun setakat 2022.
Pada tahun 2023, Lifebuoy menyasarkan untuk menjangkau 100,000 lagi pelajar, dengan misi untuk membantu sejuta orang mengamalkan amalan mencuci tangan yang baik menjelang 2025.
Sumbangan barangan penjagaan diri telah disampaikan kepada lebih 1,100 keluarga memerlukan di seluruh Malaysia di bawah inisiatif tersebut.
MISI LIFEBUOY
Sesungguhnya misi amat jelas untuk menjadi rakan kesihatan ibu bapa dan membantu mengurangkan kekerapan keluarga dan kanak-kanak jatuh sakit.
Berasaskan amalan menjaga kebersihan dan kesihatan yang baik, keluarga-keluarga boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.
Menyokong usaha menyebarkan ilmu dan maklumat tentang kebersihan tangan selama lebih daripada seabad.
Jenama ini komited untuk terus menjalin kerjasama bagi meluaskan capaian kepada kemudahan mencuci tangan dalam kalangan masyarakat.
Mencapai wawasan jenama menjadikan amalan mencuci tangan satu kebiasaan, sambil membantu masyarakat kekal selamat, segar dan terlindung.