LEWRE BESPOKE DENGAN KOLEKSI GARDEN OF EDEN, BEAUTIFUL!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Jika anda peminat kasut pasti anda kenal dengan jenama ini ‘Lewre’

FLAGSHIP TERBARU

Koleksi ini diperkenalkan sewaktu majlis pelancaran kedai flagship pertama Lewré Bespoke yang terletak di Bangsar.

Ia adalah sebuah galeri seluas 3,600 kaki persegi yang disediakan untuk pengguna dengan kemudahan yang tinggi, mewah. Bakal memberikan pengalaman membeli-belah yang lain daripada yang lain.

KOLEKSI KASUT BUATAN TERBARU

Koleksi kasut hasil buatan tangan terbaharu ini dipersembah buat kali pertama dihadapan Y.A.M Sultanah Hajjah Kalsom Binti Abdullah, Mantan Permaisuri Sultanah Pahang.

Yang juga Penaung Lewré Bespoke dan YBhg. Dato’ Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP).

KOLEKSI GARDEN OF EDEN

“Koleksi Garden of Eden adalah dimana seni, budaya dan ketukangan bersatu dengan sempurna.

Pasukan kami secara berterusan memilih bahan terbaik dari seluruh dunia untuk memberikan hasil yang terbaik dalam industri fesyen.

Kami telah memastikan setiap pasang kasut dibuat dengan baik dan tepat yang memenuhi keperluan semua orang tidak kira apa citarasa anda.”

-Dato Lewré Lew, Pengasas Lewré Bespoke berkongsi.

DIILHAMKAN OLEH KISAH ALKITABIAH

Koleksi ‘Garden of Eden’ diilhamkan oleh kisah alkitabiah dari the book of Genesis, yang menggunakan estetika bunga dan haiwan.

Koleksi kasut ini menampilkan 18 reka bentuk versatil, yang mampu menawan semua orang dengan palet yang komprehensif.

Daripada rona biru dan merah yang menyerlah kepada tona warna kulit dan merah jambu.

Koleksi baharu ini menampilkan gubahan yang pasti akan menarik perhatian mata yang memandang apabila dipakai pada bila-bila masa dan di mana jua.

REKA BENTUK ELEGAN

Koleksi ini termasuk pasangan-pasangan kasut dengan reka bentuk yang elegan dan menarik perhatian yang diilhamkan daripada burung merak.

Juga diilhamkan oleh estetika bunga yang direka menggunakan 1,400 kristal Austria yang dijahit dengan tangan pada setiap kelopak.

Reka bentuk ini mencerminkan ketukangan Lewré Bespoke yang abadi dan unggul. Semua produk dibuat dengan teliti, menyepadukan reka bentuk manik yang rumit dan reka bentuk yang canggih ke dalam setiap pasang kasut.

SEJARAH LEWRE

Lewré yang telah lama ditubuhkan dan dikenali sebagai satu jenama yang berjaya,. Dengan produk yang dijual di kebanyakan pusat membeli-belah dan gedung serbaneka utama di seluruh Malaysia.

Memandangkan Lewré menyasarkan pada pasaran besar-besaran, Lewré Bespoke pula merupakan nama di bawah Lewré yang memberi tumpuan khas kepada pasaran mewah.

Disasarkan untuk pengguna yang menghargai penyesuaian dan eksklusiviti; sejajar dengan slogan kedai utama mereka, ‘It’s very personal’.

Dilengkapi dengan pengimbas berteknologi tinggi dan teknologi AI, mampu mendapatkan ukuran yang tepat untuk setiap pelanggan. Ini bagi menghasilkan sepasang kasut yang sempurna, buatan tangan untuk memenuhi setiap keinginan pelanggan.

TINGKATKAN EKONOMI SELARAS DENGAN KUSKOP

Jenama ini bermatlamat untuk menubuhkan lebih daripada 100 kedai di seluruh Asia menjelang 2025. Selain meluaskan dan memperkenalkan jenama itu yang juga akan memberi kesan tambahan untuk mempromosikan sektor peruncitan Malaysia di seluruh rantau ini.

Juga meningkatkan ekonomi negara, selaras dengan Agenda Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP).

Sebagai peneraju jenama fesyen tempatan berharap usahanya akan membantu dalam memacu industri fesyen Malaysia ke hadapan.

Dan memberi inspirasi kepada usahawan Malaysia untuk meneroka seluruh dunia bagi meningkatkan permintaan untuk jenama Malaysia di seluruh dunia.

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge