Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kosmetik MARK Rangkaian Terbaru Dari Avon Malaysia |Anda yang gemar make-up , pernah tak dengar akan jenama MARK? Yes, jenama pertama di pasaran Malaysia dan dikeluarkan oleh AVON – salah satu jenama yang cukup gah di pasaran dunia kecantikan. Dari sehelai kain / karya putih anda boleh menconteng, melukis secara kreativiti ataupun meng- ekspresi diri anda dari pelbagai rona, bentuk, tekstur dan warna.
“Mark. melambangkan trend kecantikan golongan milenial yang ekspresif, dan ini menepati aspirasi syarikat untuk menjadi jenama kecantikan paling diingati belia, terutamanya penggemar mekap,”
-Onur Erdinç, Pengurus Besar Avon Malaysia.
Apa kata jom kite check it out produk kosmetik yang dikeluarkan dari jenama ini:
Bedak kontur
‘highlight’
18 konsep baru:
warna bibir berkemasan ‘matte’, gincu berpigmen tinggi yang berkrim, gincu pengubah warna dasar,
4 penggaris mata dan kening berinovatif, 3 maskara
3 maskara, pemerah pipi, cecair asas, bedak padat, palet pembayang mata
Sewaktu pelancaran produk juga diadakan demonstrasi solekan khas dari Steven Sunny – edisi terbaru keluarga jurusolek profesional Avon yang merupakan jurusolek selebriti terkenal di Malaysia
“Identiti Mark. sememangnya menepati perspektif profesional dan peribadi saya tentang mekap dan seni. Saya amat teruja untuk mencipta dan berkongsi karya teragung Mark. bersama semua,”
-Steven Sunny
Antara solekan yang simple dikongsi bersama tetamu yang hadir dengan 4 solekan, mix and blend.
sempena pelancaran kali ini Avon telah menyediakan pelbagai aktiviti seperti bengkel demo, kaunter jualan dan pelbagai lagi ruang legar (tengah) The Curve Kuala Lumpur, bermula 20.9.2018 sehingga 23.9.2018.
Olahkan aspirasi seni menjadi inspirasi kejelitaan dengan Mark. yang kini telahpun berada di pasaran mulai 1 September 2018. Untuk mendapatkannya, sila hubungi Wakil Avon anda atau lawati mana-mana Butik Kecantikan AVON seluruh negara. KP pun sempat cuba dan jatuh hati dengan bedak compact MARK