Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
DK Impian Di Damansara West Antara Hartanah Berkonsep Saving Space| Setiap individu yang ada memang mempunyai ‘wish list’ memiliki rumah idaman. Ada pula yang membeli rumah sebagai aset dan pelaburan. Yang ini adalah pilihan bijak untuk jangka masa panjang. Dengan memiliki rumah antara keperluan asas yang lengkap dan ada yang dapat pulangan jika secara konsisten mendapat pulangan sewaan.
Blok-blok rumah yang siap dengan balkoni. 
Kenapa DK Impian?
Nampak tak bulat yang kecil. Itulah dimana rumah-rumah DK Impian yang bakal anda beli atau duduk. BUkan itu sahaja ianya berdekatan dengan Kampung Melayu Subang. MRT Kwasa Sentral dan MRT Kwasa Damansara berdekatan .
Tanya tentang lebuh raya pula, dari DK Impian boleh lalu NKVE, Guthrie dan yang terbaru Dash Highway yang akan siap pada tahun 2019
Apabila membeli aset terutama hartanah ada beberapa perkara penting yang perlu diambil berat. Antaranya, kemudahan yang ada disekelilingnya. Sesuai untuk anda jika menetap dan untuk bakal penyewa . Kemudahan seperti pengangkutan awam, fasiliti didalam perkarangan aset itu sendiri menjadi perkara wajib untuk dilihat dan diambil kira. Kalau ada kolej, sekolah , pejabat dan kemudahan seperti masjid, dewan , pasaraya hypermarket dan lain-lain adalah suatu yang untung.
Rumah yang dibina di bawah Akta Hakmilik Strata ini memberikan kelainan dimana menawarkan rekaan dalaman yang cukup menarik. Dilihat pada fasiliti yang ada seperti tempat beriadah/beristirehat di kawasan rata dan paling menarik perhataian ianya di atas bumbung paling atas. Agak unik dan lain dimana ada juga kolam mandi yang terletak diantara blok-blok bangunan yang ada
Ciri-ciri rumah DK Impian
Ciri lain yang menarik ialah ianya 2 kunci utama di bawah satu unit rumah. Jadi setiap unit mempunyai pintu masuk dan privasi sendiri tanpa mengganggu penghuni disebelah. Selain itu, konsep yang diketengahkan kali ini adalah saving space. Ya, saving space yang dicari dimana meminimum kan penggunaan ruang yang ada didalam rumah. Build in kabinet seperti katil, sofa dan rak buku disekalikan. Perabot utama yang sedia ada di lipat, di simpan dan di buka bila diperlukan. Teruja sebentar apabila melihat sendiri perabot zaman moden yang berkonsepkan saving space
Seperti didalam unit ini katil bilik tidur dilipat menjadi sofa yang selesa dan dibuka menjadi katil bila ingin beradu di waktu malam. Tidak perlu risau akan kekukuhan perabot ini dimana ianya kuat . Ini adalah diantara perabot fully furnish yang didatang di dalam pakej. Kalau ingin masuk sendiri perabot idaman pun boleh, harga unit rumah murah lah lagi .
Yang ini untuk type 1 Bedroom – 592 square feet. Sesuai untuk yang single sama ada berkerja atau student
Type 2 Bedroom
Yang ini sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin. Kalau student pun boleh juga , lagi best kalau adik beradik sebab masing masing ada privasi ye

Inilah perabot yang saving space dimana disiang hari boleh bertukar mejadi meja tulis, dan dimalam hari boleh dijadikan katil, Yang penting kuat dan kukuh untuk bergolek sana sini
Nampak tak katil yang telah dibuka dari meja tulis tadi
Dapat unit yang ada balkoni memang cun view atau pemandangan dia. Tak jemu memandang anda kalau stress sini antara tempat yang boleh dilepak selain di roof top (jika ingin bersendirian)
Ini last unit yang KP ingin kongsikan
Nampak sofa cantik terletak tetapi sofa ini juga boleh di transform menjadi katil di malam hari
nampak tak disisi katil nie corak ala-ala sofa yang ada di luar. Ini adalah diantara perabot saving space yang akan diberikan jika anda membeli unit dengan fully furnish
Jadi sekiranya, jika kita ingin sewakan bilik dari rumah yang kita tinggal di sini tiada masalah dimana masing-masing mempunyai privasi tersendiri. Ianya bergantung kepada saiz pembukaan lantai pada unit yang ditawarkan. Harga setiap uniti bermula daripada RM 320,000 ke atas
Untuk pembelian, booking dan pertanyaan lebih lanjut. Boleh hubungi :-
017-2002322
017-2006662
Boleh kunjungi showroom di:-
Pantai Berkat Sdn Bhd
No 25 Jalan Uranus AG U5/AG,
Bandar Pinggiran Subang
Seksyen U5
40150 Shah Alam, Selangor
Atau layari laman web www.dkimpian.com.my