BOB SENTUHAN CIPTA SEJARAH KE PENTAS KONSERT, AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Untuk yang pertama kali mendengar nama ini pasti macam kenal saja! Jika kalau ‘Bob Busker’, mungkin ramai lagi mengenali.

BOB SENTUHAN

Setelah lebih 20 tahun menghiburkan orang ramai di kaki lima sebagai pemuzik jalanan atau busker. Pasti ramai yang menunggu kehadiran Bob untuk menghiburkan terutama di kawasan Kuala Lumpur.

Bakal mencipta sejarah peribadi apabila diberi ruang dan peluang untuk mengadakan konsert di Panggung Asia, 18 November 2023 ini

BOB SENTUHAN

RAI PEMINAT

Ia bukan sekadar sebuah konsert malah Bob Sentuhan akan ‘meraikan’ peminat setianya selain menyambut ulang tahun ke 12 penubuhan Bob & Sentuhan Band.

ANJURAN RYZ EVENT

Konsert anjuran RYZ event itu turut menampilkan bakat dari Singapura, Ryzal Ryzal Aziz.

Selain penyanyi cilik, Cinta Suci Indah Urmila Zaidi yang lebih dikenali sebagai Adik Cinta. Timeless Studio sebagai penaja bersama.

BOB SENTUHAN

12 TAHUN BERSAMA

“Konsert ini adalah bagi meraikan pemuzik Sentuhan yang bersama saya selama 12 tahun ini.

Terutama Shahrul Amri selain tanda terima kasih atas sokongan peminat yang memberi ruang kepada buskers.

Sekali gus membawa karya seniman jalanan pada tahap lebih tinggi”,

BOB SENTUHAN

“Ia adalah sebuah persembahan istimewa yang bakal berlangsung selama tiga jam tanpa henti dengan pemilihan lagu.

Termasuk karya asal daripada album Sentuhan yang jarang didengar yang banyak berkisar tentang Malaysia, jiwa dan persembahan jalanan seperti Aku Cinta Kamu dan Bukit Bintang”,

-ujar Bob ketika ditemui media di Damansara baru-baru ini.

LAMBANG PENGORBANAN SENIMAN

“Saya memilih untuk mengekalkan konsep busking, muzik secara keseluruhannya cenderung kepada lagu-lagu hard rock dengan sistem bunyi, sesuai bagi sebuah konsert.

Bob atau nama sebenarnya, Mohd Aizad Rahman turut menyifatkan konsert berkenaan sebagai lambang kejerihan dan pengorbanan, terutama bagi seniman yang berkarya di jalanan yang berjuang tanpa lelah.

BOB SENTUHAN

OPEN JAMMING?

Selain itu kami juga akan mengadakan sesi ‘open jamming’nanti yang dibuka kepada mereka yang pernah bersama Sentuhan untuk tampil dengan persembahan spontan,”

BOB SENTUHAN

“Bakal memperdengarkan lagu-lagu pelbagai bahasa seperti hits Bollywood dan Arab yang merupakan sebahagian daripada identiti Bob & Sentuhan Band”,

-tambahnya.

HARGA TIKET

Peminat yang ingin menyaksikan Konsert Ulang Tahun ke-12 Bob & Sentuhan Band ini boleh dapatkan tiket berharga RM108 (VIP), RM88 (Cat 1) dan RM68 (Cat 2)

DISKAUN ISTIMEWA

Peminat juga berpeluang untuk menikmati diskaun istimewa sempena Hari Malaysia, dimana semua tiket diberi diskaun 16% bagi semua kategori

VIP = RM91.00 (NP : RM108), CAT 1 = RM74.00 (NP : RM88), CAT 2 = RM57.00 (NP : RM68). Ianya sah bermula 00.00am – 11.59pm pada 16.09.2023

Website | Contact 011-13297822

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge