Jenama Mi Segera Popular Tanah Air Bawakan Konsert Telan Kaset 90’an Bersempena Festival Mi Malaysia Yang Pertama
KONSERT TELAN KASET 90’AN
Buat pertama kalinya, jenama mi segera popular tanah air, Vit’s dengan kerjasama Persatuan Karyawan Malaysia membawakan Festival Muzik Vits – ‘KONSERT TELAN KASET 90’AN’.
Bersempena dengan Festival Mi Malaysia yang pertama pada 12 dan 13 Oktober 2024 ini bertempat di lokasi terbuka Padang Timur, Petaling Jaya bermula jam 10 pagi sehingga 11:30 malam.
ANTARA ARTIS TERLIBAT
Membawakan artis-artis tersohor negara era 90’an seperti Rahmad Mega, Kool, Ady Wow, Aris Ariwatan, Dinamik Kasawari, Roy, Amir Ukay’s. Ada juga Shidi Data, Isa Gravity, Wann, Febians, Hasnol, Shades, A To Z, Tom, Fuad, Zamani, bersama DJ Fasha Anderson dengan Don’t Panic Buskers, dan ramai lagi.
Dijangkakan seramai 17 orang penyanyi 90’a yang terlibat sepanjang 2 hari berlangsungnya Festival Muzik Vits ini bermula dari jam 8 sehingga 11:30 malam . Pelbagai genre muzik seperti rock, balada, R&B, hip hop dan irama Malaysia .
SEMPENA VIT’S MUSIC FESTIVAL
“Ini merupakan kali pertama jenama mi segera Vit’s mengadakan festival muzik sebegini. Dengan menggabungkan elemen muzik dan makanan. Ini khas buat pengunjung agar dapat menikmati makanan berasaskan mi dengan sajian muzik 90’an,”
-menurut Pn. Baizura Tazri, selaku penganjur bagi pihak Vit’s.
KERINDUAN BUAT PEMINAT MUZIK 90AN
Jelas pihak penganjur lagi, tujuan konsert ini diadakan adalah bagi mengubati kerinduan peminat-peminat muzik 90’an. Membawakan lagu-lagu ‘hits’ era tersebut dan menggabungkan pesta makanan berasaskan mi seperti laksa, mi kari, mi bandung, pasta, dan bermacam lagi.
“Selain mengubati kerinduan peminat, konsert ini juga bertujuan mengumpul dana bagi Persatuan Karyawan Malaysia melalui hasil jualan tiket konsert. Dana yang diperolehi akan digunakan untuk membantu artis-artis senior dan para karyawan yang sedang sakit ataupun uzur yang memerlukan bantuan. Selari dengan tujuan penubuhan persatuan ini,”
-kata Pn. Baizura.
LEBIH 80 BOOTH PENIAGA
Pengunjung Festival Muzik Vits berpeluang mengunjungi lebih 80 ‘booth’ peniaga dan penjual dengan pelbagai jenis makanan. Kesemuanya berasaskan mi disamping dapat beriadah melalui permainan berkonsepkan karnival yang disediakan sesuai untuk aktiviti seisi keluarga.
“Setiap pengunjung yang hadir pada Vit’s Music Festival dengan berpakaian konsep 90’an seperti rock, hip hop mahupun dangdut bakal menerima hadiah daripada pihak penganjur. Atas permintaan ramai di media sosial yang mahukan pertandingan karaoke diadakan.
Pihak Vit’s mengalu-alukan pengunjung untuk mengambil bahagian pada kedua-dua harinya dengan pelbagai hadiah menarik yang menanti untuk dimenangi,”
-kata Pn. Baizura.
PARA PENAJA
Selain Vit’s dan Persatuan Karyawan Malaysia, festival ini turut ditaja bersama oleh MBPJ, Storm Truperz Campers, Ticket2u, Suria FM, Media Panas, Hotel Seri Pacific, Nester, dan juga Irama Maju Productions.
“Kami berharap agar festival makanan dan muzik yang berkonsepkan karnival ini dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang. Memperjuangkan penyanyi-penyanyi era 90’an yang mengimbau kenangan masa lalu dengan lagu-lagu hits mereka yang malar segar.
BAGI KARYAWAN MALAYSIA
“Mewakili pihak Dato’ Freddie Fernandez, selaku presiden Persatuan Karyawan Malaysia, beliau berharap agar penonton yang hadir dapat berhibur sambil beramal melalui festival ini dengan dana yang dikumpulkan untuk badan persatuan.
-kata Dato’ Freddie Fernandez, selaku presiden Persatuan Karyawan Malaysia
“Datanglah ke Vit’s Music Festival beramai-ramai dan jumpa anda di sana!”
HARGA TIKET
Boleh didapati secara atas talian bermula 16 Ogos 2024 pada jam 4 petang dengan harga RM45 seorang di