KONSERT SETIA LIVE OUT LOUD PASTI BEST! |Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Rindu nak tonton konsert! Dah lama tak tonton sejak Covid-19 melanda kan?
KONSERT SETIA LIVE OUT LOUD
S P Setia bakal menganjurkan konsert Setia ‘Live Out Loud’ di Setia Ecohill, Semenyih. Dijadualkan berlangsung pada 3 September 2022 dengan barisan artis tempatan dan antarabangsa yang digemari di Malaysia.
Konsert percuma yang terbuka kepada umum ini dijangka menerima kehadiran 5,000 orang penonton di Setia EcoHill Walk, Semenyih.
“Ianya ibarat musim bunga selepas musim sejuk.
Saya percaya konsert ini akan memberi satu semangat baru untuk dinikmati selepas kita semua telah lama berehat disebabkan pandemik Covid-19”.
“Di Setia, kami percaya bahawa kehidupan perlu diraikan,
Melalui program ‘Citizen Setia’, kami berhasrat untuk mempersembahkan konsert ini kepada semua pembeli dan penduduk yang sangat dihargai,”
-kata Datuk Choong Kai Wai, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia.
BARISAN ARTIS
Dihoskan oleh Baki Zainal dan Caely See. Siapakah artis yang bakal membuat persembahan pada malam itu nanti?
Antaranya Datuk Zainal Abidin, Nicholas Teo, Priscilla Abby, Santesh, Hael Husaini dan kumpulan pop The15.
SETIA ECOHILL WALK
Konsert Setia ‘Live Out Loud’ yang akan diadakan untuk satu malam sahaja mulai jam 8.30 malam sehingga 11.30 malam di Setia EcoHill Walk
Hab gaya hidup yang baru dibuka di Setia EcoHill, Semenyih.
PUSAT MEMBELI BELAH SETIA ECOHILL BAKAL DIBUKA?
Konsert ini juga diadakan sempena pembukaan rasmi Pusat Membeli Belah Setia EcoHill yang dijangka pada bulan September.
Menawarkan pelbagai produk perkhidmatan seperti medan selera, tempat hiburan dan rekreasi kepada lebih 600,000 penduduk.
Bukan saja dari Semenyih saja juga kawasan yang sekitarnya Cheras Selatan, Putrajaya, Kajang dan Bangi.
TERBARU DARI S P SETIA
Pusat Membeli Belah Setia EcoHill menawarkan ruang perniagaan sehingga 3 1⁄2 tingkat seluas 280,000 kaki persegi.
Pasaraya besar Lulu, sebuah pasaraya yang terkenal di peringkat antarabangsa khususnya di Timur Tengah yang dimiliki oleh Lulu Group International telah mengesahkan menjadi penyewa utama.
Dilengkapi dengan pelbagai tawaran F&B termasuk jenama terkenal seperti The Coffee Bean & Tea Leaf, Tealive, Boost Juice, Llao Llao, Sangkaya, Secret Recipe, Sushi King.
Ada juga The Chicken Rice Shop, Texas Chicken, Ipoh Kacang Putih dan Kari Puff Abe Yus. Telefon Bimbit berjenama ‘Apple’ dan rangkaian runcit pakaian berjenama F.O.S bakal menyertai
Konsert Setia ‘Live Out Loud’ kini dibuka untuk tempahan tiket secara percuma mulai hari ini dengan pilihan berdiri bebas dan tempat duduk percuma. Layari