KONSERT RAISA – TERISTIMEWA DI KUALA LUMPUR 3 NOV 2024!

Kharisma Music Persembahkan Penyanyi Anggun Jelita Dari Indonesia Dalam Sebuah Konsert ‘Teristimewa’ November InI iaitu Konsert Raisa!

KONSERT RAISA

Konsert paling ditunggu-tunggu, ‘KONSERT RAISA – TERISTIMEWA DI KUALA LUMPUR’ pada 3 November 2024 ini bertempat di Megastar Arena, KL, bermula jam 8:00 malam. 

KALI INI KEINDAHAN MUZIK RAISA?

“Kami sangat teruja dengan kehadiran Raisa di Kuala Lumpur pada hari ini. Konsert ini bukan sekadar persembahan muzik yang hebat, tetapi juga peluang untuk merasai keindahan muzik Raisa secara langsung.

KONSERT RAISA

-En. Ahmad Jeffny, Ketua Pengarah Eksekutif dan Pengasas Kharisma Music.

BAGI RAISA

“Ini konsert yang benar-benar ‘teristimewa’ buat saya dan anda semua. Segala persediaan dilakukan secara langsung oleh saya sendiri bersama pasukan, dan ia pasti berbeza dari konsert-konsert sebelumnya di KL!.

KONSERT RAISA

SEDIKIT INFORMASI TENTANG RAISA

Raisa, yang dikenali menerusi single pertamanya ‘Serba Salah’ dari album sulungnya pada 2011. Pernah meraih pelbagai anugerah termasuk ‘Artis Baru Terbaik’ di Anugerah Musik Indonesia ke-15, dengan vokal yang mengagumkan, Raisa terus memikat hati jutaan peminat di seluruh rantau Asia. 

Konsert kali ini adalah sebahagian daripada jelajah muzik Raisa yang sangat dinanti-nantikan, di mana beliau akan mempersembahkan lagu-lagu hit seperti ‘Kali Kedua’, ‘Jatuh Hati’ dan ‘Mantan Terindah’. 

KONSERT RAISA

LEBIH DARI 20 BUAH LAGU

Penonton akan disajikan dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan, termasuk persembahan melebihi 20 buah lagu dan kerjasama dengan iringan pemuzik profesional yang diterbangkan khas dari Indonesia.

KELAINAN UNTUK KONSERT KALI INI

Konsert ini dijadualkan berlangsung lebih dari 2 jam, lengkap dengan reka bentuk pentas yang menarik serta kesan audio visual yang ‘teristimewa’. Pembeli tiketVVIP dan VIP juga akan berpeluang untuk berinteraksi dengan Raisa dalam sesi ‘meet & greet’.

KONSERT RAISA

“Ini adalah peluang luar biasa bagi semua peminat Raisa untuk menyaksikan sendiri persembahan ‘teristimewa’ yang pasti akan mencipta memori indah yang tidak terlupakan. Serta dapatkan tiket-tiket konsert dengan segera sebelum kehabisan, dan jangan lupa nantikan hiburan seterusnya dari Kharisma Music,”

-tambah En. Ahmad Jeffny.

DAPATKAN TIKET SEKARANG!

“Terima kasih buat syarikat penerbangan Garuda Indonesia kerana menaja penerbangan, termasuk rakan penaja lain Alha Alfa, Intan Gelombang dan Futurace, serta rakan radio rasmi, ERA bersama-sama rakan media rasmi, Gempak.com.

Untuk makluman, tiket-tiket ke konsert ‘RAISA – TERISTIMEWA DI KUALA LUMPUR’ sudah pun mula dijual pada 9 September 2024 lalu di laman web ticket2u.com.my/raisa dan hanya berbaki sedikit sahaja lagi.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge