Sebuah Malam Nostalgia Pop Ikonik Bersama Artis Antarabangsa di Bumi Di Bawah Bayu!
KONSERT NICK CARTER BACKSTREET BOYS
Nick Carter, ahli kumpulan terkenal Backstreet Boys, bakal mencipta sejarah dengan persembahan pertamanya di Sabah pada 24 Februari 2025. Konsert yang menjadi sebahagian daripada jelajah dunia “Who I Am” ini akan berlangsung di Hakka Hall, Kota Kinabalu.
Berita ini pastinya menggembirakan peminat setia yang telah lama menantikan kehadiran penyanyi ini ke bumi Borneo.
PERTAMA KALI KE SABAH
“Saya sangat teruja untuk ke Sabah buat pertama kali! Saya dengar tempatnya sangat cantik dan penuh dengan orang-orang yang luar biasa. Saya tak sabar untuk membuat persembahan dan menghabiskan malam yang tidak dapat dilupakan bersama semua peminat saya!”
-kongsi Nick Carter
APA YANG MENARIK TENTANG KONSERT INI?
Konsert Nick Carter BackStreet Boys ini bukan sekadar acara hiburan biasa. Nick Carter bakal membawa suasana penuh emosi dan nostalgia dengan gabungan lagu solo popularnya seperti “Superman”, “Made For Us”, serta karya agung Backstreet Boys yang pasti dikenali ramai seperti “I Want It That Way” dan “Everybody”. Ini adalah peluang emas untuk peminat menyaksikan secara langsung persembahan luar biasa dari salah seorang ikon pop terbaik dunia.
TIKET EKSKLUSIF DI MOVETIX
Tiket untuk konsert di Kota Kinabalu akan mula dijual pada 13 Disember 2024, bermula jam 11 pagi GMT+8, secara eksklusif di platform MOVETIX oleh AirAsia MOVE. Harga tiket bermula daripada RM155 untuk General Admission dan RM255 untuk Premium General Admission.
Untuk pembelian tiket, pengguna boleh mengakses tab ‘Events & Activities’ di aplikasi atau laman utama AirAsia MOVE. Setiap pembelian tiket akan melayakkan peminat menerima kod promosi eksklusif yang dihantar melalui e-mel dalam masa tujuh hari selepas pembelian.
PROMOSI HEBAT DENGAN AIRASIA MOVE
Sebagai rakan eksklusif untuk siri konsert ini, AirAsia MOVE turut menawarkan pelbagai promosi menarik. Antara tawaran yang boleh dinikmati ialah:
- Potongan sehingga RM65 untuk pakej SNAP (Penerbangan + Hotel).
- Diskaun RM50 untuk tempahan hotel.
- Diskaun 15% untuk produk bebas cukai yang ditempah awal semasa penerbangan.
- Potongan RM7 untuk perkhidmatan AirAsia Ride ke Hakka Hall, Kota Kinabalu.
Konsert ini bukan sahaja memberikan hiburan berkualiti tetapi juga memudahkan peminat dari seluruh rantau menyertai malam yang luar biasa. “Nick Carter adalah ikon global, dan kami teruja menjadi platform tiket eksklusif untuk jelajah ‘Who I Am Tour’ di Sabah.
Dengan Kota Kinabalu sebagai hab antarabangsa, kami memastikan pengalaman perjalanan yang lancar melalui aplikasi AirAsia MOVE.”
-Hassan Choudhury, CEO MOVETIX oleh AirAsia MOVE