Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Konsert Metal Return 1.0 – XPDC dan MAY Bakal Bergabung Secara Live|Nantikan kehebatan legenda rock XPDC dan May yang bakal bergabung dan beraksi di pentas tidak lama lagi dan menggegarkan Stadium Indera Mulia, Ipoh pada 15 Disember 2018!!
Ladyboss Studio yang berpengkalan di Ipoh dan satu nama yang cukup besar di situ telah mengambil inisiatif menggabungkan DUA kumpulan rock ini dalam Konsert Metal Return 1.0 Live@Stadium Perak, Ipoh.
Kolaborasi kedua-dua kumpulan ini adalah suatu yang hebat kerana XPDC dan May layak diiktiraf sebagai antara kumpulan legenda rock di Malaysia selain Search serta Wings dan beberapa kumpulan rock yang lain.
Kehadiran kedua-dua kumpulan ini masih relevan dalam industri muzik rock sejak dulu hinggalah di era kini. Lagu nyanyian mereka masih menjadi pilihan untuk dimainkan di radio serta dinyanyikan oleh peminat dari semua kategori generasi di pusat karaoke.
Persembahan kedua-dua kumpulan ini pasti ditunggu oleh peminat rock di negeri Perak yang dahagakan konsert berskala besar sepertimana yang pernah diadakan dahulu.
XPDC yang dianggotai oleh Ali (vokal), Izo (gitar), Eddie (bass), Lola (drum) dan Arif (gitar) bakal memberi persembahan hebat dan memukau semua peminat yang datang.
Mereka juga akan tampil dengan album baharu berjudul Doa (Dakwah Only Allah) yang menampilkan lagu-lagu popular XPDC dan lagu-lagu terbaharu yang mempunyai mesej dakwah kepada peminat.
“Kita saling berkongsi. Apa yang kami tahu, kami kongsikan dengan peminat. Kami bercerita benda yang baik dan orang akan dengar benda yang baik. Sama ada untuk menerimanya atau tidak, itu kerja Allah.Kami sudah puas hati dapat menyampaikan apa yang baik.
Usia kami pun dah meningkat, takkan masih nak menyanyikan lagu berunsurkan cinta. Peminat pun dah sama usia dengan kami, pasti mereka dapat terima lagu sebegini.”
-Izo
May pula ibarat balik kampung kerana Mus (penyanyi), Abu (gitar), Yus (bass) dan Man (dram) berasal dari Manjoi, Perak menjadi kebanggaan warga Perak.
“Agak lama juga kami tidak beraksi di negeri sendiri. Pasti May akan mengguna peluang ini untuk memberikan persembahan terbaik yang memukau peminat.”
-May
Tiket untuk menonton Konsert Metal Return 1.0 Live @Stadium Perak, Ipoh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu:
- VIP ZONE RM150-peminat berpeluang hadir dalam sesi Meet & Greet XPDCdan May di majlis Hi-Tea. mendapat T-shir logo VIP dan menghadiri sesi soundcheck
- METAL ZONE RM95-peminat akan mendapat T-shirt
- METAL ZONE RM60
Selain XPDC dan May, peminat juga boleh menyaksikan persembahan dari band-band undangan seperti Farasu, Sparrow, Gfoss, Rockvival, Chronoly, Ur’s, Portzero, Granite, Sniperz, Septiktone, Hakikat, Trivia, Ubs Band, Metalluka dan Holysnake.
Acara sampingan lain adalah Pertandingan Kap-chai Supreme Hero 1.0. Pertandingan ini akan diadakan pada pukul 10 pagi, hari yang sama. Dengan bayaran masuk sebanyak RM80, peserta akan mendapat tiket Konsert Metal Return 1.0 Live serta T-shirt Evebt+Sticker + 1 peluang Lucky Draw.
Untuk mendapatkan tiket, hubungi talian berikut:
017-5787728 (Nan) 019-5578855 (Arm) 013-2364057 (Mie) 017-5550072 (Hafiz) 019-2407994 (Mentari Merah)