KONSERT MALAM RINDU BAYANGAN AHAD 11 MEI 2025, APA YANG BEST?

Konsert Malam Rindu Bayangan pada Ahad 11 Mei 2025 di Grand Barakah Hotel, Ampang untuk penghargaan buat orang baik ‘Jay Jay’

JAY JAY

Seorang sahabat yang sangat berdedikasi, berbakat dan amat disenangi ramai. Ini kata-kata Dari Dato’ Freddie ketika mengenang pemuzik Dan rakan seperjuangannya.

MALAM RINDU BAYANGAN

Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi bin Darus yang telah meninggal Dunia pada 4 Ogos 2024 dalam usia 67 tahun.

PENGHARGAAN BUAT JAY JAY

Menurut Dato’ Freddie, anak bongsu arwah- Nur Camelia atau lebih dikenali sebagai Cammy telah menghubunginya. Lalu menyuarakan hasrat agar diadakan satu persembahan penghargaan bagi mengenang jasa dan sumbangan arwah dalam dunia seni tanah air.

MALAM RINDU BAYANGAN

MALAM RINDU BAYANGAN

Menyahut seruan ini, para Karyawan dan sahabat-sahabat seni yang pernah bersama Jay Jay telah sudi berganding baju menganjurkan malam istimewa bertemakan ‘Malam Rindu Bayangan’.

Bakal berlangsung pada Ahad 11 Mei 2025 Bermula jam 8:00 malam di Grand Ballroom – Grand Barakah Hotel, Ampang. Ia merupakan persembahan Amal makan malam selamat tiga jam yang menampilkan gabungan artis-artis hebat tanah air.

ARTIS YANG TERLIBAT

Antara artis utama yang terlibat adalah Dato’ Ramli Sarip, Dato’ Khatijah Ibrahim, Dato’ Hattan, Dato’ Jeffrydin, Jatt [Black Dog Bone], Tam [Spider[ serta barisan asal kumpulan Carefree.

MALAM RINDU BAYANGAN

Pra persembahan nyanyian dari Hairee Kool Dan Tengku Hadirah akan menyampaikan beberapa buah lagu. Bakal diiringi oleh para pemuzik maestro tanahair seperti Nan Saturnine, Rafi Ging, Ujang Exists, Firdaus Dan lain-lain.

MALAM RINDU BAYANGAN

JUALAN AMAL LUKISAN

Pada malam tersebut juga akan diadakan jualan amal lukisan penghargaan oleh pengkarya senior Fathullah Luqman [Spiral Kinetik Circus/Infectious Maggots] yang akan dijual secara bida. Juga penampilan istimewa saudara Tapa, pereka grafik yang banyak menghasilkan reka bentuk dan arahan senior album arwah sepanjang kariernya.

MALAM RINDU BAYANGAN

Segala kutipan malam amal ini akan disumbangkan kepada rakan-rakan artis yang memerlukan bantuan. Sebagai simbolik permulaan, pihak penganjur telah menyampaikan sumbangan kepada TIGA penerima utama memerlukan bantuan dan sokongan moral .

Mereka adalah Shuib [Freedom], Ramlah [balu kepada Allahyarham Yazit pemain dram kumpulan Search] Dan Ali XPDC.

HARGA TIKET

Sokongan boleh disalurkan melalui pembelian Meja untuk 10 orang pada harga RM1,500, RM3,000, RM5,000 Dan RM10,000. Bagi yang ingin hadir secara individu ticket berharga RM150 disediakan tetapi Terhad kepada 100 orang SAJA. Untuk tempahan boleh hubungi Dato’ Freddie di 012- 2071400

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge