KONSERT MALAI SOLO NORANIZA IDRIS, BEST KE?

KONSERT MALAI SOLO NORANIZA IDRIS, BEST KE?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kemunculannya pada pentas Anugerah Juara Lagu ke-12 pada 1997 menerusi lagu Awallah Dondang membawa nama Noraniza Idris. Terus meluncur  jauh hingga mendapat gelaran Ratu Irama Malaysia.

Deretan lagu seperti Dikir Puteri, Dondang Dendang, Hati Kama, Tinting, Ngajat Tampi, Hala Timur, Tandang Bermadah, Hatinya Tak Tahan dan banyak lagi.

Ini adalah bukti perjuangan yang dibawa Noraniza Idris dalam memartabatkan irama muzik tradisional tidak pernah padam hingga sekarang.

MERIAH DIATAS PENTAS

Siapa boleh lupa setiap kali kemunculan Noraniza Idris sama ada di pentas AJL, acara anugerah atau apa saja, persembahannya cukup meriah dan memukau.

Gabungan irama tradisional Melayu dan tarian cukup menyatu di pentas. Tidak dinafikan, Noraniza Idris memang berada di liga dan kelas tersendiri.

PERSEMBAHAN SKALA KONSERT

Selepas 36 tahun, Noraniza Idris membawakan sebuah persembahan berskala konsert, pertama dan terakhir yang pastinya cukup eksklusif serta bertaraf antarabangsa.

Konsert Malai Solo Noraniza  Idris  yang  bakal diadakan pada 21 hingga 23 Oktober di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Noraniza Idris berkata, pemilihan nama Malai Solo adalah simbolik kepada persembahannya yang disulam dengan kepelbagaian budaya selain bakal menyaksikan kemeriahan di pentas dengan dipenuhi segerombolan penari.

DEFINISI MALAI?

Definisi Malai ini iaitu sekuntum bunga emas yang diletakkan di lembing pahlawan-pahlawan  satu  ketika  dahulu.  Jadi  saya  ambil  ia  sebagai  satu simbolik semangat juang kepahlawanan dan diolah sebagai satu identiti dan tema  untuk  konsert  ini

Malai  ini  adalah  bunga  yang  disulam,  macam budaya kita ini. Ibarat satu perjalanan menelusuri budaya dari satu kesenian ke satu kesenian yang lain.

Seni dan budaya ini ibarat bunga  emas  atau khazanah yang sangat berharga. Solo itu saya maksudkan kepada diri saya sendiri.

INGIN BUAT KONSERT, TAPI…

“Sebagai seorang artis sudah tentu kita ada perasaan ingin buat konsert. Tapi disebabkan saya baru satu album masa tu dan banyak kekangan seperti nak mencari penaja dan sebagainya.

Jadi saya teruskan dengan album lain dulu. Bila dah sampai satu tahap itu memang betul-betul nak memastikan konsert itu menjadi kenyataan.

Tapi sayangnya tahun demi tahun ia memang sukar. Satu saja, kos penerbitan untuk konsert ini sangat tinggi dan irama Malaysia ini bukan sekadar konsert biasa. Ia tak sama dengan konsert lain.

ADA PASUKAN TERBAIK

“Bukanlah bermaksud saya dah  ada  penaja,  tapi  saya  mempunyai  satu pasukan  yang  bagus.  Jika  sebelum  ini  saya  tak  cukup  pasukan  yang  terbaik untuk perjuangkan matlamat saya sebelum ini.

Tapi sekarang ini alhamdulillah, selepas 20 tahun berlalu barulah saya dapat tekadkan  hati  untuk  jadikan konsert itu satu kenyataan pada Oktober ini. Saya juga menjadikannya konsert terakhir kerana dah terlalu lama dalam memperjuangkan irama  ini. 

Sampai sudah saatnya saya perlu capai satu perkara baru. Konsert sebegini perlu buat sekali dan tak boleh berulang-ulang. Melainkan ada satu pendekatan konsep yang lain mungkin ia boleh difikirkan.

Konsert Malai Solo ini saya gabungkan semua repertoire dari seluruh Malaysia dan jadikan sebagai satu konsert. Saya boleh buat konsert yang pelbagai selepas ini, tapi ia tidak akan menjadi satu konsert yang unik dan eksklusif,”

-katanya.

300 INDIVIDU TERLIBAT

Menurut Noraniza Idris, Konsert Malai Solo Noraniza Idris menggunakan khidmat 300 individu membabitkan pengarah muzik terkenal negara, Datuk Ramli MS, barisan pemuzik kelas A bertaraf filharmonik.

Kemunculan 40 pasukan artis budaya tetap, artis budaya jemputan, kumpulan tenaga kreatif yang mahir dalam teknologi persembahan dan banyak lagi.

DURASI 120 MINIT

“Konsert ini berdurasi 120 minit tanpa henti. Ada transisi kita cuba ketengahkan berkaitan saya. Tak berhenti sebab tak nak momentum jatuh. Bila bercakap konsep, tak boleh melibatkan penari yang sedikit. Pentas pula sangat luas.

Jadi, macam  mana  nak  memperlihatkan  persembahan  nampak  gah,   peranan utama nak fokus adalah penglibatan dan karakter penari.

Maksudnya kalau ada segmen lagu Orang Asli sudah tentu ada elemen mistik membabitkan orang luar yang mahir mengikut keperluan konsep, jadi ia perlu membabitkan artis budaya luar yang kita jemput khas untuk satu slot.

IDEA DAN KONSEP

Idea dan konsep Konsert Malai Solo Noraniza Idris adalah daripada Noraniza sendiri sementara pengarah konsert, Ahmad Saifulizam atau Gbam, pengarah persembahan, Mohd Seth Hamzah dan pengarah artistik, Siso Kopratasa.

Tiket-tiket telah mula dilancarkan dengan harga VVIP Awallah Dondang RM1599.00, VIP Dikir Puteri RM899.00, Intan Payung RM399.00 dan Hati Kama RM299.00.

Website| Tiket | Contact 0193342478

2 Comments

  1. mastura

    Macam best je, membangkitkan semula tradisi melayu

  2. Wah di kepala noraniza idris tu ada benda corak tajam warna kuning. Konsep atau tema matahari ke? Mungkin simbolik noraniza idris nak “terbit” selepas lama sepi dari industri muzik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge