Konsert Amal Artis Lagenda 4.0 Berjaya Capai Sasaran Sumbang RM10 Ribu Kepada Cancer Survivors Malaysia
KONSERT AMAL ARTIS LAGENDA 4.0
Kejayaan penganjuran Konsert Amal Artis Legenda 4.0, pada Sabtu lalu walaupun pada awalnya mengalami kesukaran.
Bukan senang untuk mendapatkan tajaan dan semangat yang semakin pudar, memberikan kegembiraan dan rasa terima kasih yang tidak terhingga.
Terutama kepada penganjur, Nizam Laksamana Production yang diketuai oleh penyanyi Nizam Laksamana.
MENDAPAT SOKONGAN
Menurut Nizam, konsert yang bertemakan #darikawanuntukkawan ini dijayakan atas niat murninya dan mendapat sokongan dari Persatuan Cancer Survivors Malaysia.
“Walaupun jumlah sumbangan mungkin tidak besar, pengorbanan dan sumbangan yang dilakukan oleh artis yang membuat persembahan pada malam itu menyentuh hati mereka,”
-ujar Nizam.
Seramai 700 penonton hadir ke Konsert Amal Artis Lagenda 4.0 yang berlangsung di Grand Barakah Hotel Ampang.
BERJAYA CAPAI SASARAN
Konsert Amal Artis Lagenda 4.0 berjaya mencapai sasarannya. Menghulurkan sumbangan sebanyak RM10,000.00 kepada Persatuan Cancer Survivors Malaysia.
Juga RM1,000 kepada seorang pesakit kanser otak berusia 10 tahun bernama Nur Umairah binti Abdul Rahman.
KEPADA PERSATUAN CANCER SURVIVORS MALAYSIA
Persatuan KARYAWAN juga turut menyumbang RM1,000 kepada Persatuan Cancer Survivors Malaysia melalui presidennya, Datuk Freddie Fernandez.
HARGAI SOKONGAN BANTU PROMOSI KONSERT
Sementara itu Nizam turut menghargai sokongan berterusan daripada pihak media atas liputan berita positif yang membantu mempromosikan konsert ini.
Terutama kepada umum sehingga meningkatkan jualan tiket dengan ketara, walaupun ia hanya sebuah acara amal.
TAMBAHAN MEJA
Pada awalnya pihak penganjur hanya menyediakan 50 buah meja. Namun disebabkan jualan tiket yang begitu memberansangkan, pihak Grand Barakah Hotel telah menaja sejumlah 20 buah meja.
Menjadikan jumlah keseluruhan 70 buah meja untuk jumlah keseluruhan 700 penonton.
“Sokongan pihak media yang sentiasa menyiarkan cerita membina dan positif tentang konsert ini betul-betul buat saya terharu. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian,”
-kata Nizam
ADA EDISI 5.0?
Dalam keterujaan menganjurkan siri konsert ini, Nizam memberitahu bahawa edisi 4.0 akan menjadi yang terakhir. Tidak akan ada 5.0 atau siri seterusnya.
“Saya harap showcase ini dapat membuka mata rakan-rakan dan penganjur lain yang mampu membuat perubahan.
“Jika ada artis muda yang lebih berkebolehan, meneruskan usaha murni membantu artis senior adalah lebih baik. Tiada yang lama, maka tiada yang baru.
Roda kehidupan itu ironinya berputar. Kejayaan diukur dengan mengingati, bukan sekadar memerhati,”
-jelas Nizam.