Tiada kata yang dapat diungkapkan cuma ianya kenangan terindah Ziana Zain buat peminat di konsert baru ini.
KENANGAN TERINDAH ZIANA ZAIN
Menjadi sebuah kenangan abadi dan kerendahan dari hati terdalam apabila lokasi yang memuatkan sekitar 5000 khalayak dipenuhi dengan jiwa-jiwa yang menghargai. Disambut pula dengan nyanyian bersama yang tidak putus-outus sepanjang konsert berlangsung,
KONSERT ZIANA ZAIN 2024
Berlangsung pada 25 Mei 2024 adalah salah satu sari berita penting bukan saja dalam karier diva seni suara tersebut tetapi juga buat industri hiburan tanahair.
Sesudah 22 tahun tidak melaksanakan sebuah konsert solo, Ziana Zain disambut dengan meridah dan penuh apresiasi oleh para peminat yang rata-rata merupakan peminat tegar penyanyi berusia 56 tahun.
RINDU
Merupakan sebuah ‘understatement’ untuk menyaksikan penyanyi dengan lontaran vokal hebat ini kembali di pentas dalam skala konsert solo. Penghibur ini pernah mendapat gelaran Diva Pop kali terakhir mengadakan konsert sola menerusi Ziana Zain In The Park yang diadakan pada WTC, KL tahun 2001.
TERIMA KASIH BUAT PEMINAT
“Saya sangat terharu dan sangat berterima kasih dengan kehadiran para peminat yang menjadi tulang belakang dalam kerjaya saya selama ini. Juga pada pihak media yang senantiasa membantu dalam perjalanan karier jua mempromosikan konsert ini,”
-kata Ziana Zain.
Ribuan terima kasih buat Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures diatas sokongan kerajaan yang berterusan kepada pembangunan industri kreatif. Ini melalui Dana Kandungan Digital Persembahan Muzik bagi menjayakan konsert malam ini.
-ujar Anuar Zain bagi pihak Anuar Zain Network Sdn Bhd.
TENAGA PEKERJA
Bersama nama-nama hadir dalam industri yang mengembleng tenaga, kreativiti dan antusias dalam konsert ini. Pentas meriah menyaksikan Aubrey Suwito sebagai Pengarah Muzik serta pemain piano dan Jennifer Thompson sebahar Pengarah Konsert..
Gandingan hebat pemuzik tanah air seperti Nan Alias[gitar], Wan Gigi[gitar], Gideon[bass], Derrick Siow[dram], Firdaus[Keyboard], Steve Thornton[perkusi]. Serta Mariam, Fazira dan Affa sebagai penyanyi latar.
Tidak dilupakan dengan kehadiran barisan pemain violin iaitu Brian Larson, Ergys Koni, Mabel Wing, Melanie Ooi, Jacqueline Tan dan Joey Young. Diserikan dengan kehadiran Toko Inomoto[viola], Jonathan Oh [Cello] serta Zachary Suwito protools operator.
Dalam durasi 2 jam lebih, penonton-penonton disajikan dengan lagu-lagu popular seperti Madah Berhelah, Putus Terpaksa, Berpisah Jua. Juga Dingin, Kekal Dan Puncak Kasih.
credit photo: MaestroMedia