Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
KLIA Transit Tawar Pakej Tambang Menarik Sempena Cuti Sekolah |Bersempena dengan cuti sekolah , Express Rail Link membawa berita gembira buat para pengguna. Menjadikan ianya lebih menarik untuk keluarga dan rakan.
Untuk perjalanan dari Bandar Tasik Selatan, Putrajaya & Cyberjaya mahupun Salak Tinggi. Hanya dengan kereta api KLIA Transit dimana diskaun istimewa dari 4 Disember 2018 hingga 1 Januari 2019.
Bagi anda yang menaiki penerbangan menuju ke KLIA, jangan risau. Ada juga tambang khas digelar Family Package and Group Saver dimana ianya dinaiki dari Bandar Tasik Selatan yang terletak di kawasan penduduk Cheras.
Selain itu, untuk anda yang tinggal di bandar dan ingin bercuti, KLIA Transit menawarkan tambang School Holidays Special dimana dapat menikmati , meneroka tarikan-tarikan berhampiran dengan perjalanan sehari.
Tambang khas ini bertujuan untuk penduduk di kawasan Cheras (stesen Bandar Tasik Selatan), Putrajaya & Cyberjaya dan juga kawasan Nilai/Kota Warisan.
Anda yang dari kawasan ini digalakkan untuk membuat perjalanan sehari ke Kuala Lumpur untuk meneroka. membeli-belah dan menikmati pelbagai tempat makan yang lazat. Anda juga boleh singgah di Taman Tema Mines Wonderland untuk berseronok.
Boleh juga melawat pesta buku Big Bad Wolf yang berdekatan dengan Stesen Bandar Tasik Selatan . Inginkan pemandangan yang indah boleh layari Tasik Putrajaya dan singgah di kediaman rasmi Perdana Menteri .
Nak lagi menarik singgah saja di KLIA/KLIA 2 untuk melihat dengan lebih dekat kapal terbang dan juga tawaran menarik di Mitsui Outlet Park
“The school holidays season is a great time to spend quality time with your family and friends. What better way to travel to your destination than to have a hassle-free journey and a more affordable alternative with the KLIA Transit train?”
–Noormah Mohd Noor, Chief Executive Officer of ERL.
Kereta api KLIA Transit
Kereta api KLIA Transit dijadualkan berlepas setiap 15minit pada waktu puncak. Setiap 30 minit semasa waktu sibuk. Tiket mesti digunakan pada tarikh pembelian.Menarikkan tawaran yang ada jadi jangan lepaskan peluang. Inginkan maklumat lanjut layari,