Klasik ke Masa Depan XR.: Festival Budaya Filem China- Malaysia ke 2 kini dirasmikan dengan penuh gaya bersama seisi pengenalan XR.
FESTIVAL BUDAYA FILEM CHINA-MALAYSIA
Dimulai dengan karya bisu ikonik yang telah diperbaharui The Goddes [1934], sebuah fillem epik fantasi ‘Creaton of the Gods’ Dan kebanggaan Malaysia ‘Guang’
EDISI KEDUA
Edisi kedua Festival Budaya Filem China- Malaysia secara RASMI dibuka di GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. Dianjurkan oleh Lomo Picturs Sdn Bhd dengan sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia [FINAS]. Festival in merupakan anjuran bersama GSC International Screens Dan China File Archive Dan dengan bangganya dibawakan oleh Trico Group Dan Hong Jun Capital.
BARISAN KARYA
Festival tahun ini menghimpunkan barisan KARYA sinematik yang memukau dari kedua-dua negara daripada fillem warisan yang telah di baik publish dan hits kontemporari. Tidak lupa juga kepada forum yang meneroka persidangan sinema dengan keadah terbaru XR Dan AI dengan menawarkan petukaran budaya melalui bahasa universal fillem.
PERASMIAN
Majlis perasmian turut dihadiri oleh YB Teo NIe Ching- Timbalan Menteri Komunikasi Malaysia Dan Dato’ Azmir Saifuddin bin Mutalib – Ketua Pegawai Eksekutif FINAS bersama tetamu kehormat dari sektor fillem dan budaya. Bakal berlangsung hingga 8 Jun Dan ditanyangkan serentak di GSC Gurney Plaza Pulau Pinang dalam meneruskan petukaran budaya menerusi dialog sinematik.
PLATFORM UNTUK INDUSTRI FILEM
‘Festival ini menyediakan platform unik untuk para pembikin fillem, profesional industri Dan peminat muda Dari kedua-dua negara untuk berkongsi minat mahupun persepktif. Melalui kerjasama ini, ia menyerlahkan KUASA sinema dalam merayakan kepelbagaian Dan merapatkan jurang budaya. Tidak lupa setiap fillem dalam barisan kami telah dipilih dengan teliti bagi mencerminkan kekayaan warisan sinematik Dan suara unik Masa kini,’
-kongsi Encik Aron Koh, Pengerusi Penganjur.
PROGRAM TAHUN INI
Bakal menampilkan pelbagai sorotan istimewa antaranya filem komedi romantik Honey Money Phony, filem thriller A Place Called Silence memaparkan kepelbagaian sinema Komersial China. Ada lagi antaranya
THE GODDESS 1934
Telah dibaikpulih dimana ianya dibintangi oleh Lagenda layar Ruan Lingyu yang Masih kekal sebagai karya utama dalam sejarah fillem China
IT’S A MAD, MAD, MAD WORLD
FIlem yang pernah pecah panggung – filem komedi klasik Hong Kong turut dibawakan kembali ke layar perak, bagi menggambarkan semangat zamanya.
CREATION OF GODS 1 : & CREATION OF GODS 2
Ini antara filem yang pecah panggung terkini Dari China iaitu Creation of Gods: 1 Kingdom of Storms Dan Creation of Gods !!: Demon Force turut ditayangkan bersama.
DARI MALAYSIA
Bagi Malaysia, filem- filem yang diiktiraf seperti Guang, Sepet Dan Blooms of Happiness akan mewakilli penceritaan yang menyentuh hati Dan begitu dekat dalam budaya tempatan. Membawakan elemen yang mampu menjiwai sekaligus memperlihatkan suara sinematik tempatan.
Selain tayangan filem. festival ini turut menganjurkan program industri khas termasuk forum berkaitan kecerdasan buatkan [AI] Dan pembikinan fillem . Serta bengkel lakonana yang dikendalikan oleh Pengarah tersohor Hong Kong – Clifton Ko. Platform ini memebrikan pandangan penting tentang bagaimana teknologi yang berkembang sedang mengubah cara penceritaan di seluruh Asia.
UMUM KERJASAMA STRATEGIK
Lomo Pictures turut mengumumkan kerjasama strategik jangka panjang bersama Beijing Tianying Holdings Group Co. Ltd dengan rancangan UNTUK membangunkan PRODUKSI bersama XR yang pertama antara China Dan Malaysia. Ia menandkan satu chapter terbaru dalam kerjasama rentas negara dalam bidang teknologi filem sekaligus meperkukihkan LAGI peranan Malaysia di pentas Kreatif global.