KITKAT ® LANCAR KEMPEN RAYA REZEKI DIKONGSI BERSAMA, AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. KitKat ® Nestlé menyambut ketibaan bulan Ramadan dan kemeriahan Hari Raya tahun ini.
PELANCARAN KEMPEN REZEKI DIKONGSI BERSAMA
Kempen “Rezeki Dikongsi Bersama” dilancarkan bagi meraikan semangat perkongsian dan persaudaraan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Kempen ini menawarkan produk edisi terhad Raya yang menarik, muzik video animasi Raya KitKat ® dan pelbagai kolaborasi istimewa lain.
PERAYAAN YANG MEMBAWA MAKNA
“Bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya yang menyusul selepas itu merupakan perayaan yang membawa erti bagi rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan latar belakang.
Inilah masanya untuk berkumpul bersama keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan bagi menyambut hari yang bermakna ini.
Ciri-ciri ini mencerminkan aspirasi KitKat ® iaitu “Have a Break, Have A Kitkat”, dalam menggalakkan saat-saat yang bermakna, kebersamaan dan berkongsi rezeki sepanjang musim perayaan ini,”
-kata Frederic Porchet, Pegawai Eksekutif Perniagaan bagi Unit Perniagaan Konfeksi
EDISI TERHAD RAYA KITKAT ® KETUPAT
Tahun ini KitKat ® memperkenalkan KitKat ® Ketupat edisi terhad Raya iaitu kombinasi wafer rangup yang disaluti dengan lapisan coklat susu yang enak.
Buat pertama kalinya didatangkan dengan motif ‘Ketupat’ yang diterap pada bar coklat KitKat ® 4-Jejari.
Ketupat ialah hidangan ikonik yang sering dihidangkan semasa bulan Ramadan dan Hari Raya.
Ia diperbuat daripada nasi yang dihimpit dalam bungkusan sulaman daun kelapa. Corak sulaman Ketupat yang halus melambangkan Silaturrahim.
Iaitu ikatan perhubungan dan persahabatan baik yang wujud dalam budaya Malaysia serta tradisi Islam seterusnya menandakan inti pati kempen “Rezeki Dikongsi Bersama” KitKat ® .
Sehubungan dengan itu, KitKat ® Ketupat berharap dapat menyebarkan kasih sayang, kebahagiaan dan hubungan erat ke setiap rumah. Terutama semasa meraikan Raya dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk berkongsi rezeki!
EMPAT KOLEKSI MENARIK
KitKat ® Ketupat edisi terhad Raya hadir dalam empat koleksi rekaan unik, setiap satu menandakan warisan tradisi Raya. Sesuai dijadikan sebagai hadiah Raya yang enak untuk dikongsi dan ‘cele-break’ bersama keluarga dan rakan-rakan.
Terdapat dalam dua format pembungkusan yang berbeza – KitKat ® Ketupat 4 Jejari 4 Multipack dan KitKat ® Ketupat 4 Jejari 2 Multipack.
KOLABORASI DENGAN MIMPIKITA
Turut berganding bahu dengan jenama fesyen kontemporari tempatan, Mimpikita. Kolaborasi KitKat ® x Mimpikita Pek Edisi Raya ini. Termasuk sebuah gelas minuman Luminarc yang direka khas oleh Mimpikita bersama 2 pek KitKat ® Mini 9g Sharebags.
Pelancaran kempen Raya “Rezeki Dikongsi Bersama” KitKat ® turut disertai oleh dua selebriti tempatan, MK K-Clique dan Nabila Razali.
Mendendangkan lagu tema “Rezeki Dikongsi Bersama” KitKat ® dalam muzik video animasi Raya KitKat ® yang terbaru. Dengan memaparkan nilai-nilai murni yang lazim di bulan Ramadan dan Raya
Muzik video animasi ini diilhamkan oleh watak-watak yang terdapat pada bungkusan KitKat ® Ketupat yang menampilkan kepelbagaian, kebersamaan dan keriangan ketika berkongsi rezeki.
“Saya berbesar hati dapat kembali dan menyertai kempen “Rezeki Dikongsi Bersama” KitKat ® bersama Nabila Razali pada tahun ini. Kami harap lagu ini dapat meriangkan lagi suasana Ramadan dan Hari Raya untuk semua,”
-kata MK tambah MK lagi.