GELEK MAUT’ THE GADYS DALAM GELEK JAMBU, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Masih ingat tak lagi kemunculan mereka sewaktu Hari Raya tahun ini?

THE GADYS

Empat wanita cantik yang memperkenalkan diri mereka sebagai The Gadys. Memulakan kerjaya nyanyian menerusi single raya berjudul Gadys Raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

GIRL GROUP

Dianggotai oleh Nelissa Nizam, Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Faa Zaini, mereka punya impian besar untuk berjaya dalam bidang muzik setanding dengan ‘girl group’ sedia ada.

Malah, kumpulan baharu hasil kerjasama Universal Music Malaysia dan Valient Music ini juga optimis mampu pergi lebih jauh dengan karya yang dihasilkan.

Buktinya, mereka yang mempunyai lebih 200,000 pengikut dan mendapat lebih 2.8 juta tanda suka di TikTok cukup untuk memperkenalkan lagi nama The Gadys.

GELEK JAMBU

Enggan menunggu lama, muncul dengan single GELEK JAMBU yang menggabungkan eleman reggaeton, rock dan tradisional.

Adalah karya yang unik, segar dan dan sesuai untuk pasaran muzik semasa sekali gus bakal menarik perhatian pengguna laman sosial terutama di TikTok.

“Lagu GELEK JAMBU ini sangat ‘fun’, ‘cheeky’ dan ‘mess’ sebab ada pelbagai stail. Ada ‘cute’, reggaeton, rock dan tradisional sebagai muzik latar.

“Lagu ini mengisahkan mengenai bagaimana kami bersikap sambil lewa dalam perhubungan. Jika tak suka dengan cara pasangan tu, jika ia toxic, buang jauh-jauh dan berseronok dengan orang lain yang penting iaitu rakan kita, The Gadys,” 

-Nelissa Nizam yang mewakili The Gadys.

DIBANTU OLEH MAGE DAN GLOWRUSH

Menurut Aznie Azmi, proses rakaman lagu GELEK JAMBU banyak dibantu oleh Mage dan Glowrush.

“Bukan hanya menyanyi biasa, tetapi kita menyanyi dengan karakter dan emosi daripada setiap lirik yang dinyanyikan.

Sehingga waktu saya kena nyanyi bahagian saya, Glowrush suruh pegang gitar seolah ‘rockstar’, pegang beg dan cawan seolah perempuan yang jual mahal. 

“Dalam erti kata lain, proses rakaman sangat seronok walaupun diulang banyak kali. Namun, kami dapat menunjukkan dan memberikan yang terbaik dengan bantuan Glowrush dan Adib.

Bagi Ayunie Rizal pula, bukan sahaja proses rakaman yang seronok, tapi penggambaran video muzik (MV) juga membuatkan masing-masing tidak sabar untuk menunjukkan hasilnya kepada peminat.

RAKAMAN MUZIK VIDEO

“Proses rakaman MV sangat seronok. Sepanjang proses menyiapkan dari proses penghasilan lagu hingga rakaman MV selesai semuanya berjalan lancar. Dibuat dalam suasana yang menyeronokkan.

“Kami menjalani penggambaran selama 24 jam, tapi jam 5 pagi pun kami masih bertenaga untuk meneruskan penggambaran dalam menghasilkan MV GELEK JAMBU. 

Pihak produksi juga memberi aura dan semangat yang baik. Kami sukakan semua set, ‘fee’, ‘look’ dan visual untuk MV ini,” katanya.

CABARAN UTAMA

Sementara itu, Faa Zaini mengakui The Gadys seronok dapat bekerjasama dengan semua individu yang profesional hingga menghasilkan karya yang berkualiti.

“Cabaran paling utama adalah masa kerana kami juga terbabit dalam bidang lakonan. Namun, jadual penggambaran yang sangat padat tidak menghalang kami untuk menyiapkannya.

“Ada yang tidak tidur, habis ‘shooting’ MV jam 5 pagi dan terus ke lokasi penggambaran drama pada jam 8 pagi.

Ada yang mandi di set penggambaran pun ada. Itu belum lagi latihan menari sampai jam 2 pagi.

Tetapi Alhamdulillah, semua ujian dapat kami tempuhi dengan baik kerana rasa sayang terhadap satu sama lain di antara pasukan dan semangat yang tidak pernah jatuh,” katanya.

SINGLE GELEK JAMBU

Menerusi single GELEK JAMBU ini, berharap lagu ini dapat membuat semua pendengar terhibur dan turut bergoyang, gelek dan melompat keriangan.

“Lagu ini dapat memberi senyuman, gelak tawa dan meningkatkan ‘mood’ untuk semua orang. The Gadys juga berharap, walaupun lagu ini ada selit sedikit ‘Indonesian ad-lip’, semoga semua dapat ‘enjoy’ walau di mana jua anda berada,” kata mereka.

 YouTube The Gadys 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge